Anda di sini

Kilang papan diserbu

Advertisement
Hasil rampasan penguatkuasa dari Pejabat Hutan Wilayah Kuching.

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) merampas 35 kayu batak dan 105 batang kayu dalam satu serbuan di sebuah kilang papan di Sungai Tengah berhampiran Singai di sini pada Jumaat.

Jurucakap Jabatan berkata pasukan penguatkuasa dari Pejabat Hutan Wilayah Kuching yang membuat serbuan itu sekitar 6.20 petang turut merampas dua buah gergaji pita untuk memproses kayu batak haram serta sebuah lori.

"Nilai rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM25,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan akan dibuat berdasarkan Ordinan Hutan Sarawak, Seksyen 90 (1).
 

  • oleh
  • Advertisement