Anda di sini

Jom sokong kempen derma darah di CityONE, Ahad ini

Advertisement
 Wakil Supreme Food Supply (M) Sdn Bhd Brandon Wee (tengah) menyerahkan barang tajaan kepada                                            Ketua Pemuda Hakka, Enson (dua kiri), disaksikan oleh Pegawai Kebajikan Gabungan Pemuda Jong Lih Khing (kanan), Timbalan Presiden Gabungan Pemuda Chen Fong Hoo (kiri) dan Pegawai Kebajikan Hakka Chong Teck Miaw (dua kanan) semalam.
KEMPEN MURNI: Wakil Supreme Food Supply (M) Sdn Bhd Brandon Wee (tengah) menyerahkan barang tajaan kepada Ketua Pemuda Hakka, Enson (dua kiri), disaksikan oleh Pegawai Kebajikan Gabungan Pemuda Jong Lih Khing (kanan), Timbalan Presiden Gabungan Pemuda Chen Fong Hoo (kiri) dan Pegawai Kebajikan Hakka Chong Teck Miaw (dua kanan) semalam.

KUCHING: Gabungan Pemuda Cina Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan akan menganjurkan kempen men-derma darah pada 24 Februari ini bermula jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang di CityONE Mega Mall di sini.

Kempen tersebut disokong oleh Pemuda Persatuan Komuniti Hakka Sarawak iaitu salah satu anggota Gabungan Pemuda Cina dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kuching dan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurut kenyataannya semalam, kempen itu bertujuan menyahut seruan Bank Darah HUS untuk mengumpul bekalan darah secukupnya.

Selain itu, ia mampu memupuk kesedaran orang ramai terhadap kepentingan amalan menderma darah untuk menyelamatkan nyawa.  

Pihak penganjur juga me-rayu kepada orang ramai agar menyebarkan berita mengenai kempen menderma darah tersebut.

Para penderma darah digalak untuk datang lebih awal bagi tujuan tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Persatuan Komuniti Hakka Sarawak menerusi talian 082-259892, Chong Teck Miaw (012-8814980) atau Enson Liew (016-8886909).

Advertisement