Anda di sini

Bom kereta meletup di kawasan dikuasai Kurdish, 20 terbunuh

Advertisement
 Gambar yang diambil pada 20 Februari lepas menunjukkan sebuah trak yang membawa kaum lelaki, yang dikenali sebagai pejuang kumpulan Daesh yang menyerah diri kepada Angkatan Demokratik Syria (SDF) pimpinan Kurdish, ketika mereka dibawa keluar dari kubu terakhir Daesh  di Baghouz dalam wilayah Deir al-Zour, utara Syria. — Gambar AFP
SERAH DIRI: Gambar yang diambil pada 20 Februari lepas menunjukkan sebuah trak yang membawa kaum lelaki, yang dikenali sebagai pejuang kumpulan Daesh yang menyerah diri kepada Angkatan Demokratik Syria (SDF) pimpinan Kurdish, ketika mereka dibawa keluar dari kubu terakhir Daesh di Baghouz dalam wilayah Deir al-Zour, utara Syria. — Gambar AFP

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh pada Khamis apabila sebuah kereta yang dipasang bom meletup di sebuah pekan yang dikuasai pejuang Kurdish di timur Syria, lapor agensi berita China Xinhua memetik ke-nyataan agensi Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria.

Bom kereta itu meletup di pekan Shehel di timur kawasan luar bandar wilayah Deir al-Zour.

Pengeboman itu menyasarkan konvoi pasukan pertahanan diri Kurdish dan pekerja minyak merupakan antara mangsa yang maut, menurut badan pemantau yang berpangkalan di London itu.

Kenyataan itu menyebut kumpulan militan Daesh merupakan dalang di sebalik serangan tersebut.

Insiden itu berlaku semasa saki-baki militan Daesh me-rancang untuk mengosong-kan kawasan terakhir yang dikuasainya di timur wilayah Sungai Euphrates.

Badan itu berkata sejumlah 260 militan Daesh masih ber-ada di tanah ladang di pekan Baghouz manakala berpuluh-puluh orang awam bersiap sedia untuk meninggalkan kawasan tersebut selaras dengan perjanjian tidak rasmi yang dicapai antara Angkatan Demokratik Syria (SDF) dan Daesh.

SDF telah disokong oleh gabungan tentera pimpinan Amerika Syarikat dalam usaha mereka untuk mengusir Daesh dari timur Syria berhampiran sempadan Iraq.

Perpindahan keluar militan Daesh dan keluarga masing-masing dari timur Syria telah berlaku agak perlahan sejak kebelakangan ini meman-dangkan tiada maklumat yang tepat mengenai destinasi mereka. — Bernama

Advertisement