Anda di sini

Bantuan baja dan insentif pekebun kecil sawit kekal

Advertisement
Shamsul bersama para peserta dialog di Dewan Masyarakat Serian.
Shamsul bersama para peserta dialog di Dewan Masyarakat Serian.

KUCHING: Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar memberi jaminan bantuan baja dan insentif kepada pekebun kecil sawit tidak dihentikan.

Malah menurutnya bantuan seumpama itu amat penting bagi menjaga kebajikan golongan tersebut dan juga bagi membantu meningkatkan produktiviti hasil tanaman.

Selain itu, beliau turut mengesyorkan agar diwujudkan bantuan mikroinsurans bagi menjaga kebajikan golongan ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan mengabaikan kebajikan pekebun kecil sawit,” tegasnya pada sesi dialog bersama pekebun-pekebun kecil kelapa sawit di Dewan Masyarakat Serian, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila para pekebun kecil sawit ingin membangkitkan persoalan tentang subsidi baja. 

Dialog anjuran kementerian tersebut bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) disertai kira-kira 200 orang pekebun kecil sawit dari sekitar daerah Serian.

Maklum balas dan pandangan yang diperolehi akan dimanfaatkan bagi merangka polisi dan dasar bagi memajukan sektor komoditi sawit.

Shamsul turut menyentuh mengenai punca penurunan harga minyak sawit.

Beliau menjelaskan ia disebabkan tindakan memboikot oleh Kesatuan Eropah yang menyebabkan permintaan terhadap minyak sawit berkurangan.

“Tapi kerajaan akan berusaha sedaya upaya membantu kebajikan pekebun kecil sawit,” katanya.

Advertisement