Anda di sini

42 termasuk 10 PTI ditahan dalam tempoh seminggu

Advertisement
RAMPASAN dadah sepanjang operasi selama seminggu di kawasan Suang Parai Manggatal.
RAMPASAN dadah sepanjang operasi selama seminggu di kawasan Suang Parai Manggatal.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan 42 individu termasuk 10 Pendatang Tanpa Izin (PTI) dalam satu operasi yang dijalankan dalam tempoh seminggu bermula 16 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata 31 daripada individu yang ditahan adalah penagih manakala 11 yang lain memiliki dadah.

“Sepanjang operasi dijalankan kita berjaya merampas 11.58 gram ganja dan 5.60 gram syabu.

“Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM3,800 pada harga pasaran tempatan,” katanya.

Habibi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A(1), 12(2), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Operasi pembanterasan ini dijalankan di kawasan Suang Parai Manggatal dan operasi seumpama akan dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement