HANOI: Kira-kira 2,600 wartawan asing berdaftar untuk membuat liputan sidang kemuncak kedua antara Amerika Syarikat dan Korea Utara yang dijadual pada 27 hingga 28 Februari di Hanoi, kata Menteri Luar, Le Hoai Trung.
Katanya, negara itu hanya mempunyai kira-kira 20 hari untuk membuat persediaan selepas Presiden Donald Trump mengumumkan Hanoi dipilih sebagai lokasi pertemuan, lapor agensi berita Xinhua.
“Sebelum ini, Singapura mempunyai masa hampir dua bulan untuk membuat persediaan sidang kemuncak pertama tahun lepas,” katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc baru-baru ini mengarahkan kementerian dan sektor yang berkaitan memastikan persediaan ber-jalan lancar terutamanya aspek keselamatan.
Perdana Menteri juga mahu semua wartawan asing yang ingin membuat liputan acara itu diperiksa dengan teliti dan mematuhi semua syarat ditetapkan. — Bernama