Anda di sini

Tak cukup duit nak beli makanan kantin

Advertisement
 Dr Teo menyampaikan kupon kepada seorang pelajar SMKDP disaksikan guru dan ahli PIBG.
Dr Teo menyampaikan kupon kepada seorang pelajar SMKDP disaksikan guru dan ahli PIBG.

MIRI: Masih ada pelajar tidak memiliki wang saku mencukupi untuk membeli makanan di kantin.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, ia antara masalah dihadapi pelajar khasnya dari keluarga miskin yang perlu ditanggani bersama. 

"Sekarang kita sedar ramai pelajar memerlukan wang saku untuk ke kantin," jelas beliau setelah menemui pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dalam lawatan di tiga buah sekolah hari ini. 

Teo menerusi Pusat Khidmat Parlimen Miri menganjurkan program kemasyarakat baharu iaitu pengagihan kupon makanan untuk membantu pelajar dari keluarga miskin.

Tiga sekolah melibatkan seramai 349 pelajar menerima sumbangan kupon bernilai RM100 setiap seorang untuk membolehkan mereka membeli makanan di kantin sekolah.

Sekolah itu ialah SK Kuala Baram 2 seramai 100 orang, SJKC Chung San Riam seramai 40 orang dan SMK Dato Permaisuri seramai 209 pelajar. 

Pernah dianjurkan sebelum ini ialah pengagihan kasut dan beg sekolah pada dua bulan lalu. 

"Kita rancang untuk buat program ini di semua sekolah. Mula-mula kita buat di tiga sekolah ini. Bulan depan kita buat di tiga sekolah lain, " jelasnya kepada pemberita. 

Mereka telah menghubungi sekolah untuk mengenalpasti pelajar yang layak untuk menerima bantuan itu.

Menurut Teo, program itu memberi kesan mendalam kepada pelajar dan amat dihargai oleh sekolah dan ibu bapa. 

Beliau akan memohon peruntukan tambahan dari kerajaan pusat untuk membolehkan program diperluaskan di semua sekolah dan dikendalikan pada setiap tahun. 

"Sekarang hampir setahun (Pakatan Harapan memerintah) dan masih ada empat tahun lagi untuk laksanakan program ini," jelasnya. 

  • oleh
  • Advertisement