Anda di sini

SPRM dan UNION bekerjasama banteras rasuah di Sarawak

Advertisement
 Zulhairy Zaidel
Zulhairy Zaidel

KUCHING: Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Zulhairy Zaidel kini mengetuai Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) Pejabat Ketua Menteri.

Zulhairy yang memulakan tugas pada 11 Februari lepas mengetuai UNION sebagai Ketua Pegawai Integriti.

Beliau akan memimpin lebih 50 pegawai integriti bertauliah kerajaan negeri yang akan ditempatkan di kementerian serta agensi dan badan berkanun negeri.

Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor berkata beliau yakin Zulhairy dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam pencegahan.

"Ia juga merupakan sejarah apabila beliau merupakan Ketua Pegawai Integriti pertama di unit Pejabat Ketua Menteri.

"Dengan keberadaan beliau di sana ia akan menyelaraskan lagi aktiviti pencegahan antara SPRM dan UNION", katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas antara Zulhairy kepada Timbalan Pengarah (Pencegahan) baharu, Chang Ching di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Razim berkata UNION yang ditubuhkan itu akan merapatkan lagi kerjasama antara SPRM dan kerajaan negeri dalam mengukuhkan aktiviti pencegahan rasuah.

"Kita mahu memastikan pekeliling oleh kerajaan dipatuhi. Kini dengan adanya unit ini, ia akan memantau aktiviti berkenaan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement