Anda di sini

Penutup besi kumbahan dicuri

Advertisement
CALVIN (kiri) bersama George melihat penutup kumbahan yang dicuri.
CALVIN (kiri) bersama George melihat penutup kumbahan yang dicuri.

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong Ket Kiun telah mengambil tindakan segera bagi membuat laporan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung penutup lubang kumbahan dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tindakan segera itu dilakukan adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di Taman Indah Apartment terutamanya kanak-kanak tidak terjatuh ke dalam lubang kumbahan berkenaan.

Calvin telah membuat tinjauan bersama Kapitan Elopura, George Ting selepas menerima aduan dari rakyat bahawa penutup besi kumbahan itu yang sebelum ini pernah dicuri sekali lagi telah dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Perkara ini boleh mengakibatkan kecelakaan jika kanak-kanak bermain di sekitar kawasan itu.

“Saya telah membuat laporan kepada pihak JKR untuk mengambil tindakan membuat semula penutup tersebut secepat mungkin kerana saya risau dengan keselamatan kanak-kanak di taman perumahan berkenaan. Tindakan ini dibuat bagi menggelakkan berlakunya kecelakaan,” tegasnya.

Calvin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JKR dan kakitangan yang terlibat kerana melaksanakan tugas dengan cepat dan cekap.

Katanya, akan lebih banyak kerjasama dengan pihak JKR pada masa akan datang untuk menyelesaikan isu yang dihadapi oleh rakyat.

  • oleh
  • Advertisement