Anda di sini

Mohd Ayub, Nur Faten Izzati wakil Sabah

Advertisement
TUN Juhar menyampaikan hadiah kepada Mohd. Ayub sambil diperhatikan Shafie (tiga dari kanan) dan Aidi (dua dari kiri).
TUN Juhar menyampaikan hadiah kepada Mohd. Ayub sambil diperhatikan Shafie (tiga dari kanan) dan Aidi (dua dari kiri).

KOTA KINABALU: Qari, Mohd. Ayub Maidi dan Qariah, Nur Faten Izzati Rablin mewakili Sabah ke Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Kebangsaan 1440/ 2019M bermula 17 hingga 22 Mac ini.

Mohd Ayub, 32, merupakan Imam Masjid di Semporna manakala Nur Faten Izzati, 27, guru di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah akan berentap bersama peserta-peserta kebangsaan yang lain di Negeri Sembilan.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10 ribu, piala, sijil penyertaan, selain pakaian dan buku-buku agama yang disampaikan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Sementara, naib johan dan tempat ketiga bagi kategori qari masing-masing dimenangi Zunaidi @ Ady Misdaranai (Kota Kinabalu) dan Hamdi Yusop @ Yusof (Keningau).

Bagi kategori qariah pula, naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Siti Hatijah Marsuki (Tawau) dan Parmah Anggas (Keningau).

Hadiah bagi naib johan qari dan qariah adalah wang tunai RM 4,000, piala, sijil penyertaan, selain pakaian dan buku-buku agama.

NURGATEN Izzati sedang memperdengarkan bacaan al-Quran.
NUR FATEN Izzati sedang memperdengarkan bacaan al-Quran.

Manakala tempat ketiga qari membawa pulang hadiah wang tunai RM3 ribu, piala, sijil penyertaan, selainan pakaian dan buku-buku agama yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di Dewan Saadah, Wisma Muis, pada Khamis malam.

Turut berlangsung sepanjang MTQ adalah pertandingan hafazan al-Quran, konvensyen al-Quran, pameran agensi kerajaan, jualan produk halal IKS, Klinik al-Quran, pertandingan seni khat dan mewarna bagi tadika. - Penerangan

Advertisement