Anda di sini

Masyarakat perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan Labuan

Advertisement
KHALID (tiga kanan) bersama Rozman (kiri) dan Amir (dua kanan) melancarkan kempen ‘anti-litter’ di Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan, baru-baru ini.
KHALID (tiga kanan) bersama Rozman (kiri) dan Amir (dua kanan) melancarkan kempen ‘anti-litter’ di Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan, baru-baru ini.

LABUAN: Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. memperluaskan kempen ‘anti-litter’ kepada warga Labuan bagi tujuan mengekalkan kelestarian alam sekitar serta mengubah minda masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan di pulau bebas cukai yang indah ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Haji Khalid Abd. Samad mengedarkan beg ‘anti-litter’ kepada penumpang-penumpang di Terminal Feri Kenderaan dan Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan.

Pihak Alam Flora Sdn. Bhd. juga turut menyumbangkan dua set tong sampah recycle untuk kegunaan rakyat yang diletakkan di kawasan menunggu Terminal Feri Penampang.

Sikap orang ramai yang cenderung membuang sampah terutama sekali di laut/pulau adalah merupakan salah satu penyumbang kepada taburan atau longgokan sampah- sampah yang tersadai di tepi pantai dan terapung di laut mahupun yang terapung berdekatan dengan premis tepi laut.

Hal ini berkemungkinan boleh menimbulkan imej yang negatif terhadap pemandangan dan persekitaran di pulau Labuan ini.

Oleh itu, diharapkan agar inisiatif ini disahut oleh orang ramai untuk lebih rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam usaha memastikan keindahan pulau Labuan ini kekal dalam keadaan yang baik dan seterusnya sikap tersebut menjadi contoh yang baik kepada generasi yang akan datang.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Haji Saripuddin Haji Kasim, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Sri Haji Amir Haji Hussien serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Azhar Ahmad.

Advertisement