Anda di sini

Mangsa kemalangan terima faedah hilang upaya daripada PERKESO

Advertisement
 Jimmy(dua kiri) menyampaikan bayaran faedah hilang upaya daripada PERKESO kepada Ali sambil disaksi Safri(kiri).
MERINGANKAN BEBAN: Jimmy(dua kiri) menyampaikan bayaran faedah hilang upaya daripada PERKESO kepada Ali sambil disaksi Safri(kiri).

BINTULU: Mangsa kemalangan yang juga orang berinsurans dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerima bayaran faedah hilang upaya merangkumi bayaran cuti sakit daripada PERKESO semalam.

Penerimanya adalah Ali Deli, 56, pemandu van yang mendaftar dengan PERKESO di bawah Skim Pekerjaan Sendiri pada 21 November tahun lalu yang telah kemalangan di Ladang Sebubu Jalan Pesisir Bintulu-Miri selepas menghantar penumpang di Pelabuhan Samalaju di Ta-man Perindustrian Samalaju dan dalam perjalanan balik ke rumahnya di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong di sini pada 24 Disember lalu.

Mangsa mengalami kecederaan patah dan retak empat tulang jari kaki kanan dan bengkak kaki kiri.

Justeru mangsa menerima bayaran RM1,530 yang disampaikan Pengurus PERKESO Bintulu Jimmy Hendrick Kijon serta disaksikan Timbalan Pengurus Safri Suboh di Pejabat PERKESO Bintulu semalam.

Jimmy berkata, skim bencana kerja sendiri telah mula dilaksanakan pada 1 Jun, 2017 dan semua perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-panggilan diwajibkan berdaftar dengan PERKESO supaya mereka layak dilindungi.

Katanya, statistik tahun 2018 menunjukkan 28 pemandu mendaftar di Pejabat PERKESO Bintulu dan tahun ini hanya 10 pemandu yang mendaftar.

Dalam pada itu, Ali berterima kasih kepada PERKESO kerana memberi layanan yang baik, mempermudah urusan serta mempercepatkan proses tuntutannya.

Beliau menasihati pengusaha teksi dan kereta sewa mendaftar dengan PERKESO supaya mereka dilindungi dalam kes berkaitan.

PERKESO juga membuat bayaran dalam kes kedua yang melibatkan kematian orang berinsurans iaitu Hendry Sim Muli, 23, pada 8 Disember lalu.

Semakan rekod PERKESO menunjukkan waris layak menuntut pencen penakat atas kematian itu dengan kelayakan caruman 1/3.

Bayaran faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000 telah dibayar kepada waris yang juga bapa orang berinsurans terbabit. Waris juga akan menerima pencen bulanan sepanjang hayat.

Bapa kepada si mati menya-takan rasa syukur dan ber-terima kasih atas keprihatinan Skuad PERKESO Prihatin Bintulu yang telah berjaya menyelesaikan tuntutannya dalam masa singkat.

Beliau seterusnya menasihati para pekerja agar memastikan majikan mereka mencarum dengan PERKESO yang bukan sahaja penting untuk pekerja terbabit bahkan orang tanggungan mereka.

Jimmy pula mengingatkan majikan agar memastikan semua pekerja mereka berdaftar dan mencarum dengan PERKESO yang akan membantu kebajikan pekerja itu dan orang tanggungan mereka.

Advertisement