Anda di sini

Lima ditangkap pecah rumah

Advertisement
Barang kes.
Barang kes.

BINTULU: Kegiatan pecah rumah berjaya ditumpaskan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Bintulu dengan penangkapan lima lelaki tempatan berumur 20 hingga 30 tahun di beberapa tempatan berasingan di bahagian ini.

Susulan itu juga beberapa siri rampasan telah dilakukan membabit pelbagai alatan yang dipercayai hasil aktiviti pecah rumah daripada suspek.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zulkipli Suhaili berkata, rampasan ke atas barang-barang itu dilakukan pada jam 12 tengah hari 19 Februari lalu diketuai Inspektor Nixon Malang selepas penangkapan lima lelaki tempatan sehari sebelumnya.

Katanya, rampasan dibuat di kawasan pasar lama Bintulu, Kampung Jabai dan Sebauh yang menemui beberapa unit telefon bimbit, pelbagai alatan muzik, televisyen dan pembesar suara.  

"Kesemua suspek kini dalam tahanan pihak polis sehingga 4 Mac ini untuk membantu siasatan termasuk siasatan membabitkan kejadian pecah masuk sebuah gereja di kawasan Tanjung Kidurong," ujarnya hari ini.

Zulkipli berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek-suspek turut terlibat dalam lain-lain kes pecah rumah yang dilaporkan di daerah ini.

Beliau berkata, semakan rekod jenayah ke atas semua suspek. seorang daripadanya didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi.

Justeru katanya, sabit kesalahan pecah rumah memperuntukkan penjara sehingga lima tahun, denda dan jika berniat untuk mencuri penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun.

  • oleh
  • Advertisement