Anda di sini

Lagi tangkapan penyeludup tong LPG

Advertisement
SUSPEK ditahan bersama sebuah perahu yang disyaki digunakan untuk membawa tong LPG ke negara jiran.
SUSPEK ditahan bersama sebuah perahu yang disyaki digunakan untuk membawa tong LPG ke negara jiran.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menangkap dua suspek penyeludup barang kawalan di kawasan laut Jeti Awam Tawau dan Pasar Tanjung di sini menerusi Operasi Gelora.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kedua-dua suspek, 37, dan 44, terdiri daripada lelaki warga tempatan yang diberkas dari jam 7 pagi hingga 3 petang, Rabu.

"Mereka ditahan bersama 14 tong gas petroleum cecair (LPG), dengan sebuah van Nissan, sebuah perahu dan satu unit enjin sangkut," katanya, dalam kenyataan medianya di sini pada Khamis.

Pajeri berkata kedua-dua suspek didapati gagal menunjukkan sijil kebenaran membawa barang kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Mengulas lanjut, beliau berkata keseluruhan rampasan barangan kes dianggarkan berjumlah RM29, 800 dan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau bersama kedua-dua suspek terlibat.

SUSPEK yang ditahan bersama sebuah van dan tong LPG dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau.
SUSPEK yang ditahan bersama sebuah van dan tong LPG dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau.

"Penahanan kedua-dua suspek dan barangan kes dijalankan mengikut peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya, yang turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat di daerah ini.

Menurutnya, kerjasama semua pihak khususnya masyarakat maritim sentiasa diharapkan dalam aspek penyaluran maklumat untuk mengekang sebarang kegiatan perlanggaran undang-undang.

  • oleh
  • Advertisement