Anda di sini

Kerajaan perlukan kerjasama kukuh daripada JKKK: Dr Sim

Advertisement
 Dr Sim (kanan) dan Simoi (tengah) tertarik dengan pameran oleh agensi kerajaan yang menyertai program berkenaan.
TERTARIK: Dr Sim (kanan) dan Simoi (tengah) tertarik dengan pameran oleh agensi kerajaan yang menyertai program berkenaan.

SRI AMAN: Kerjasama kukuh antara ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan pihak kerajaan sangat penting untuk menjayakan implementasi projek-projek pembangunan berterusan di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Sim Kui Hian menekankan, JKKK merupakan mata dan telinga kerajaan justeru kedua-kedua pihak perlu menjalinkan kerjasama untuk membangunkan kawasan masing-masing.

“Mahu atau tidak setiap ahli jawatankuasa perlu bekerjasama supaya segala pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif demi kebaikan bersama.”

“Kegagalan sesebuah jawatankuasa penting seperti JKKK dan kerajaan bersatu menjadikan sesuatu kawasan mundur yang mana secara ti-dak langsung membawa kesan negatif kepada pembangunan negeri dan negara amnya,” beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pembangunan Komuniti anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Rebi Rebi Rimau, Gran Stumbin dekat sini.  

Menurutnya, program pembangunan yang dirancang kerajaan perlu mendapat sokongan padu setiap lapisan masyarakat memandangkan semua itu adalah demi memenuhi keperluan rakyat.

“Kebanyakan kampung dan rumah-rumah panjang di luar bandar masih memerlukan projek pembangunan, justeru kerajaan amat memerlukan kerjasama semua pihak untuk melicinkan penyaluran pembangunan di sesebuah kawasan,” katanya.

Bercakap lanjut, beliau berharap supaya semua JKKK yang ada di negeri ini dapat memainkan peranan aktif masing-masing untuk mencapai matlamat penubuhan JKKK itu sendiri.

“JKKK merupakan saluran untuk rakyat mengemukakan setiap masalah yang dihadapi kerana ia merupakan perhubungan antara rakyat dan kerajaan...oleh yang demikian perlu untuk JKKK bergerak aktif untuk kebaikan masya-rakat di bawah naungannya,” ujar beliau lagi.

Hadir sama Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Walikota MDSA Richard Tawan Sedu serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Advertisement