Anda di sini

Ibu kandung kanak-kanak lelaki dicari

Advertisement
KANAK-KANAK lelaki yang berumur 7 tahun 11 bulan ditinggalkan ibu kandung sejak usia dua bulan.
KANAK-KANAK lelaki yang berumur 7 tahun 11 bulan ditinggalkan ibu kandung sejak usia dua bulan.

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan sedang mengesan waris kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan ibu kandung sejak berumur dua bulan.

Pegawai Pelindung Erdianna Kanin berkata ia bagi membantu siasatan kes kanak-kanak berkenaan yang kini berumur 7 tahun 11 bulan.

Beliau berkata kanak-kanak itu ditinggalkan oleh ibu kandung melalui seorang makcik kepada seorang awam yang dikenali sebagai Hanafisa

Lahasing di Kampung Mangkalinau, Batu 3 di sini pada 2011.

"Orang awam memaklumkan tidak mengenali dan mengetahui nama ibu kandung kanak-kanak terbabit. Selepas sahaja diserahkan ibu kandung tidak lagi ditemui.

"Orang awam pernah cuba mencari ibu kandung dimana kanak-kanak itu diserahkan tetapi gagal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, orang awam berkenaan merujuk kes itu kepada pegawai pelindung dan seterusnya membuat laporan polis pada 19 Februari 2019 setelah dinasihatkan berbuat demikian.

Erdianna meminta waris atau sesiapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan agar tampil bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh menghubungi beliau di pejabatnya melalui talian 089-668494/665821/667133.

  • oleh
  • Advertisement