Anda di sini

Federer akan kembali beraksi di gelanggang tanah liat

Advertisement
FEDERER
FEDERER

MADRID, Sepanyol: Kepulangan Roger Federer di gelanggang tanah liat akan bermula di Terbuka Madrid, yang juga penampilan pertama beliau pada kejohanan itu sejak 2015, menurut pengesahan Rabu lepas.

Sejak dua tahun terakhir, Federer memilih untuk tidak menyertai musim di tanah liat untuk menyimpan tenaganya pada kejohanan di permukaan kegemarannya di lantai simen dan rumput.

Tetapi Federer menjelaskan pada bulan Januari di mana beliau akan bermain di Terbuka Perancis tahun ini dan Terbuka Madrid telah mengumumkan beliau adalah antara yang akan bersaing.

“Federer adalah salah seorang pemain terbaik dalam sejarah, tiada rahsia lagi,” kata pengarah kejohanan Terbuka Madrid, Feliciano Lopez.

“Kami berasa gembira kerana beliau kembali ke Madrid dan ia adalah hadiah kepada kejohanan ini tetapi apa yang penting, untuk peminat kerana mereka akan dapat melihat seorang pemain yang unik dan hebat.”

Federer sudah memenangi Terbuka Madrid sebanyak tiga kali – 2006, 2009 dan 2012, tetapi penampilan terakhir beliau ialah pada 2015 apabila tewas pada perlawanan pertama kepada Nick Kyrgios.

Federer tewas di pusingan keempat Terbuka Australia pada bulan Januari, setahun selepas memenangi kejuaraan Grand Slam yang ke-20 dalam kariernya.

Permukaan tanah liat bukan permukaan kegemaran Federer. Beliau ada memenangi Terbuka Perancis tetapi hanya sekali dan belum melepasi pusingan suku akhir di Paris sejak 2012.

“Saya sekarang pada era di mana saya hanya mahu bermain dengan gembira,” kata Federer apabila ditanya tentang kepulangan ke Terbuka Perancis. “Ia keinginan peribadi. Saya merasakan saya tidak memerlukan rehat yang banyak lagi.”  — AFP

Advertisement