Anda di sini

Dr Mahathir patut diberi ruang sehingga tempoh dua tahun berakhir

Advertisement
ZULRUSDI
ZULRUSDI

KUCHING: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad patut diberi ruang untuk menjalankan tanggungjawabnya sehingga tempoh dua tahun berakhir, kata bekas Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Zulrusdi Mohamad Hol pada Rabu.

Beliau berkata semua pihak mesti menghormati ‘persetujuan’ Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk memberi tempoh dua tahun kepada Dr Mahathir.

“Negara masih memerlukan Tun (Mahathir Mohamad) untuk memperbetulkan kepincangan dilakukan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional),” katanya ketika diminta mengulas terhadap gesaan seorang ahli jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau agar Dr Mahathir meletak jawatan atas sebab memperkecilkan manifesto dan janji-janji.

Zulrusdi menegaskan sebarang kelemahan yang ada pada kerajaan PH di bawah kepimpinan Dr Mahathir tidak sepatutnya digembar-gemburkan kerana ‘banyak pembaharuan telah dilakukan oleh kabinetnya’.

Dr Boo dilaporkan akhbar nasional berbahasa Inggeris baru-baru ini telah membuat gesaan tersebut kerana Dr Mahahir telah menunjukkan beliau tidak yakin dengan dirinya dan manifeso PH apabila beliau membuat kenyataan bahawa manifesto PH bukan kitab suci tetapi hanya panduan sahaja.

Ahli jawatankuasa DAP Johor itu juga mendakwa beliau digugurkan daripada menjadi calon Skudai disebabkan keengganannya menerima kepimpinan Dr Mahathir.

Sementara itu, beberapa media dalam talian melaporkan kain rentang menggesa Dr Mahathir meletak jawatan dipasang di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur.

  • oleh
  • Advertisement