Anda di sini

Usaha bantu mangsa culik dilihat dari pelbagai sudut

Advertisement
MOHAMAD Fuzi ketika sidang media.
MOHAMAD Fuzi ketika sidang media.

SANDAKAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya akan melihat dari pelbagai sudut cara untuk membantu mangsa penculikan yang terlibat untuk dibebaskan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sebuah video memaparkan pengganas Abu Sayyaf yang mengancam bunuh tiga tebusan termasuk seorang rakyat Malaysia yang telah tular di media sosial pada Rabu.

Katanya, video seumpama telah banyak kali ditularkan dan ia merupakan satu perang psikologi yang memberi tekanan kepada pihak berkuasa serta mangsa khususnya keluarga agar memenuhi kehendak yang diminta.

"Kita akan melihat dari pelbagai sudut macam mana boleh membantu mangsa termasuk bekerjasama dengan pihak Filipina khususnya pasukan polis, pasukan merin dan sebagainya yang terlibat.

"Video seumpama ini tidak akan berhenti setakat itu sahaja tetapi akan berterusan. Bukan sahaja melibatkan warganegara kita, tetapi ada juga beberapa warga negara lain yang ditahan oleh pihak tertentu di Filipina bagi tujuan mendapatkan wang tebusan," jelasnya.

Pada 6 Disember tahun lalu, tiga nelayan terdiri daripada rakyat Malaysia, Jari Abdullah, 34, serta dua rakyat Indonesia, Heri Ardiansyah, 19, dan Hariadin, 45, dilaporkan hilang dari bot mereka ketika menangkap ikan di perairan Pegasus Reef Kinabatangan.

  • oleh
  • Advertisement