Anda di sini

Tentera Israel serang penganut Islam dalam Masjid Al-Aqsa

Advertisement
 Anggota polis Israel menahan seorang penunjuk perasaan Palestin sewaktu pertelingkahan berlaku,                                           selepas penunjuk perasaan cuba memecah mangga pada pagar di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmuqaddis                          pada Isnin lepas, setelah ia ditutup oleh polis Israel. — Gambar AFP
PERGELUTAN GANAS: Anggota polis Israel menahan seorang penunjuk perasaan Palestin sewaktu pertelingkahan berlaku, selepas penunjuk perasaan cuba memecah mangga pada pagar di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmuqaddis pada Isnin lepas, setelah ia ditutup oleh polis Israel. — Gambar AFP

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel pada petang Selasa telah menyerang pe-nganut agama Islam Palestin di dalam Masjid Al-Aqsa di bandar Baitulmuqaddis yang didudukinya, menyebabkan ramai mangsa cedera sebelum menahan yang lain, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan saksi.

Serangan berlaku berhampiran pagar Al-Rahma masjid itu, menurut saksi tanpa me-nyatakan jumlah tentera Israel yang terlibat dalam insiden tersebut.

Persatuan Bulan Sabit Merah berkata pasukannya telah merawat seorang mangsa yang cedera dalam serangan itu ketika dia dibawa ke hospital, namun tidak memberikan butiran lanjut. — Bernama

Advertisement