Anda di sini

SMK Batu Kawa jayakan majlis makan tengah hari sempena TBC

Advertisement
 Ahli Jawatankuasa pengelola sambutan TBC SMK Batu Kawa tampil ceria pada majlis berkenaan.
JAYAKAN MAJLIS: Ahli Jawatankuasa pengelola sambutan TBC SMK Batu Kawa tampil ceria pada majlis berkenaan.

SATU majlis makan tengah hari sempena Tahun Baharu Cina (TBC) telah diadakan di Dewan Semerbak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa pada 14 Februari lepas.

Pengerusi majlis, Foo Chung Min mengucapkan penghargaan kepada pihak PIBG atas sumbangan wang kepada pihak penganjur.

 Guru-guru SMK Batu Kawa bergaya pada sambutan TBC, baru-baru ini.
BERSERI-SERI: Guru-guru SMK Batu Kawa bergaya pada sambutan TBC, baru-baru ini.
 Para jemputan menyertai majlis makan tengah hari sambutan TBC  SMK Batu Kawa.
HARMONI: Para jemputan menyertai majlis makan tengah hari sambutan TBC SMK Batu Kawa.

“Majlis sambutan TBC mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga sekolah, di samping mewujudkan integrasi budaya antara kaum,” katanya.

Majlis tersebut dihadiri sekitar 170 warga sekolah yang terdiri daripada barisan pentadbiran sekolah,YDP PIBG, guru-guru, AKP dan pekerja-pekerja swasta sekolah.

Pada majlis sama, Pengetua SMK Batu Kawa Lo Liat Ling memuji penganjuran majlis TBC sebagai satu program yang baik dalam usaha mengeratkan tali persaudaraan antara warga sekolah.

Tegasnya, keakraban itu penting dalam usaha untuk menjayakan transformasi sekolah sejajar dengan matlamat PPPM.

Beliau turut berjanji untuk terus berusaha melakukan transformasi berdasarkan kekuatan dan kelebihan sekolah yang sedia ada.

Pada peringkat awal, keceriaan dan keselamatan persekitaran akan diberi tumpuan khas.

 Para pelajar mempersembahkan tarian kipas bagi memeriahkan lagi majlis sambutan TBC SMK Batu Kawa.
PENYERI: Para pelajar mempersembahkan tarian kipas bagi memeriahkan lagi majlis sambutan TBC SMK Batu Kawa.

Pada masa sama, pihak sekolah telah melaksanakan program Nilam pada waktu peralihan sesi pagi dan petang.

Di samping itu, pihak sekolah juga mewajibkan semua pelajar sesi petang menunggu di pintu pagar sekolah selepas waktu persekolahan harian, sehingga semua pelajar berada di tempat menunggu tersebut barulah mereka dibenarkan pulang.

“Pendekatan ini bertujuan untuk menjaga keselamatan pelajar semasa pergi dan balik sekolah.

“Usaha melakukan tranformasi dalam sekolah perlu seiring dengan perubahan sikap dan kerelaan pengorbanan semua warga sekolah. Tahun ini pihak sekolah akan memberi tumpuan tranformasi dalam aspek akademik termasuk meningkatkan keinginan pelajar belajar,” katanya lagi.

Advertisement