Anda di sini

Skuad Belia diikat pada aksi pembukaan

Advertisement
 Penyerang Sarawak Alan Lagang Keryer (kanan) cuba melepasi pertahanan Kedah dalam aksi Piala Belia 2019 di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.
SAINGAN SENGIT: Penyerang Sarawak Alan Lagang Keryer (kanan) cuba melepasi pertahanan Kedah dalam aksi Piala Belia 2019 di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.

KUCHING: Kedah menyekat impian Sarawak untuk mengutip tiga mata penuh dalam aksi pembukaan Piala Belia 2019 selepas sekadar seri 2-2 pada perlawanan di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.

Pelawat terlebih dahulu di depan hasil tandukan cantik Mohd Idrzuwan Mohmad Daud pada minit keenam.

Sarawak yang baru menemui rentak berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Alan Lagang Keryer pada minit ke-21.

Tuan rumah sepatutnya menutup perlawanan dengan mendahului Kedah 2-1 jika Abang Mohd Haiqal Abang Mohammad berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-37.

Babak kedua menyaksikan penguasaan mula ditampil pemain-pemain Kedah dengan acap kali mengasak kubu Sarawak.

Namun, benteng pertahanan tuan rumah kental mematah deretan serangan pasukan Hijau Kuning.

Minit ke-87, berpunca dari larian pantas Alan membuka ruang kepada Abang Nur’afirddin Abang Norazman untuk menjaringkan gol kedua Sarawak.

Kegembiraan anak didik Safri Amit bagaimanapun hanya bertahan dua minit apabila tendangan kencang Mohammad Shazwan Salahuddin berjaya menewaskan Aquila Abd Rahman buat kali kedua.

“Satu permulaan yang baik buat pasukan walaupun kita berpeluang memenangi perlawanan ini, namun sedikit kelekaan menyebabkan kita terpaksa berkongsi satu mata.

“Pemain menjalankan tugas dengan baik sepanjang perlawanan dan mengikut apa yang telah dirancang.

“Apapun, banyak yang perlu kita perbaiki untuk mengharungi perlawanan kedua selepas ini,” komen Ketua Jurulatih, Safri Amit selepas perlawanan tamat semalam.

  • oleh
  • Advertisement