Anda di sini

Polis Lahad Datu rekod 69 kes sepanjang 49 hari tahun ini

Advertisement
NASRI membuat pemeriksaan barisan.
NASRI membuat pemeriksaan barisan.

LAHAD DATU: Indeks Jenayah Daerah Lahad Datu bagi tempoh awal tahun hingga Isnin mencatat peningkatan 50 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansur berkata, dalam tempoh 49 hari sebanyak 69 kes direkod iaitu 65 kes jenayah harta benda dan empat jenayah kekerasan.

Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, sebanyak 19 kes berlaku dari 13 kes jenayah harta benda manakala enam jenayah kekerasan.

"Daripada 69 kes itu, sebanyak 24 kes telah diselesaikan iaitu 21 jenayah harta benda dan tiga jenayah kekerasan," katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan di sini hari ini.

Menurut Nasri, dalam kes jenayah harta benda itu sebanyak enam kes curi motor, PRC waktu malam (20) dan lain-lain kes curi (39).

Katanya, bagi statistik kes dan tangkapan, sebanyak 230 kes dicatat dan 240 tangkapan direkodkan.

Kes kemalangan jalan raya pula mencatat penurunan bagi tempoh yang sama iaitu 70 kes berbanding 77 kes tahun 2018.

"Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 18 Februari 2019, polis Lahad Datu juga telah melancarkan Ops Sarang dengan 14 individu ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dan 16 pendatang tanpa izin telah ditahan.

"Dalam Ops Bersepadu pula, 14 lelaki dan tiga wanita ditahan iaitu seorang lelaki mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan (3) dan 10 haiwan, Seksyen 26A daripada Imigresen Akta Imigresen (13)," katanya.

Nasri berkata, turut dilancarkan beberapa inisiatif seperti program Jom Ke Sekolah, 1Masjid 1Polis untuk menangani masalah disiplin pelajar, meningkat dan menambahbaik perkhidmatan kepada komuniti serta mencegah kegiatan jenayah.

  • oleh
  • Advertisement