Anda di sini

Perbalahan India-Pakistan bayangi lawatan Putera Mahkota Arab Saudi

Advertisement
 Putera Mahkota Mohammed dan Modi bersalaman di sebuah lapangan terbang di New Delhi, India, pada Selasa lepas. — Gambar Reuters
HUBUNGAN ERAT: Putera Mahkota Mohammed dan Modi bersalaman di sebuah lapangan terbang di New Delhi, India, pada Selasa lepas. — Gambar Reuters

NEW DELHI: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman tiba di New Delhi pada Selasa, dengan misi perniagaan baginda yang dibayangi ketegangan yang semakin meruncing antara India dan Pakistan.

Putera mahkota itu, yang mahu memujuk ekonomi besar yang paling pesat berkembang di dunia itu untuk menggunakan lebih banyak minyak Saudi, disambut di lapangan terbang oleh Perdana Menteri Narendra Modi, yang memberikan pelukan eratnya yang tradisional untuk tetamu kehormat.

Putera itu tiba selepas me-lakukan lawatan selama dua hari ke Pakistan pada waktu ia berbalah dengan negara jiran gergasi itu berhubung tanggungjawab bagi satu serangan nekad di Kashmir pada Khamis lepas yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 anggota pasukan keselamatan India.

Serangan itu diakui dilakukan oleh kumpulan pelampau Islam di Pakistan, Jaish-e-Mohammed (JeM), dan telah mencetuskan seruan di India untuk tindak balas yang tegas.

Perbalahan terbaharu antara dua negara jiran senjata nuklear itu, yang menyebabkan kebimbangan antarabangsa yang semakin meningkat, dijangka akan menonjol dalam perbincangan Putera Mahkota Mohammed dengan Modi semalam.

“Objektif kita adalah untuk cuba meredakan ketegangan antara kedua-dua negara, negara berjiran, dan melihat sama ada jalan ada ke hadapan untuk menyelesaikan perbezaan secara aman,” kata Menteri Negara Arab Saudi Adel al-Jubeir di Islamabad pada Isnin lepas.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan pada Selasa lepas menawar untuk menyiasat serangan berkenaan jika India memberikan bukti bagi pembabitannya – tetapi berkata negaranya akan bertindak balas jika diserang.

India menolak kenyataan Khan dan menyeru agar “tindakan yang boleh dipercayai dan kelihatan” diambil untuk mengekang puak militan.

Washington memberikan sokongan kepada India pada Selasa lepas, dan menekan Pakistan untuk menghukum mereka yang mendalangi serangan di Kashmir.

“Kami telah berkomunikasi dengan kerajaan India untuk menyampaikan bukan sahaja ucapan takziah kami tetapi juga sokongan padu kami kepada India tatkala ia berdepan dengan terorisme ini,” kata timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Robert Palladino.

“Kami menggesa Pakistan bekerjasama sepenuhnya de-ngan siasatan ke atas serangan itu dan menghukuman sesiapa sahaja yang bertanggung-jawab.”

Sebelum serangan, agenda bagi lawatan putera mahkota didominasi minyak dan keputusan pelaburan penting lain.

Arab Saudi sekarang membekalkan kira-kira 20 peratus daripada minyak mentah India dan mahu mengetepikan musuh utama Iran sebagai sumber.

Iran pada satu ketika pada tahun lepas memintas Arab Saudi di kalangan pembekal India tetapi sekatan AS sejak itu telah menjejaskan perniagaan minyak Republik Islam itu dengan teruk.

Modi juga telah memikat pelaburan Saudi sejak bebe-rapa tahun lalu untuk program infrastruktur utama.

Putera Mahkota Mohammed menerima sambutan berwarna-warni, termasuk paluan gendang Punjabai, di lapangan terbang bersama Modi sebelum kedua-dua pemimpin me-nyertai konvoi meninggalkan tempat tersebut.

Putera mahkota dan perdana menteri mengetuai rundingan dua hala pada Selasa lepas, sebelum mereka mengeluarkan kenyataan dan mengumumkan perjanjian.

Putera Mahkota Mohammed meninggalkan India lewat Rabu dan dijangka menghabiskan masa selama dua hari di China. — AFP

Advertisement