Anda di sini

Nelayan hilang ditemukan lemas

Advertisement
ARIFIN bersama Yusof serta anggota bomba di lokasi kejadian.
ARIFIN bersama Yusof serta anggota bomba di lokasi kejadian.

SANDAKAN: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang sejak Rabu ditemukan lemas di Sungai Segaliud pada jam 10.32 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Salim, 62, dilaporkan hilang sejak Rabu selepas keluar menangkap ikan berseorangan.

Mayat mangsa ditemukan terapung oleh penduduk kampung pada kedudukan kira-kira 1 kilometer dari dia terjatuh dari bot.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata pihaknya sebelum itu menggerakkan semula operasi mencari dan menyelamat pada jam 9.40 pagi.

“Kita terpaksa menangguhkan pencarian pada jam 1 pagi tadi dan operasi itu di sambung pagi ini,” katanya.

Beliau berkata lima anggota bomba turut dibantu penduduk kampung dalam operasi pencari di sepanjang sungai berkenaan.

Anddre berkata mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung di atas air dan kondusi mayat mangsa ketika ditemukan dalam keadaan sempurna serta tiada tanda cedera.

Beliau berkata bot mangsa dipercayai terlanggar benda keras sebelum karam dan mangsa dipercayai terjatuh dari bot sebelum ditemukan lemas.

Katanya mayat mangsa yang ditemukan penduduk kampung terus dibawa ke rumah keluarganya.

Menurutnya, laporan kejadian itu telah diambil oleh pihaknya dan pihak polis.

Turut berada di lokasi kejadian, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Arifin Asgali bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sekong Yusoff Ammoh Sulaiman.

  • oleh
  • Advertisement