Anda di sini

Kawalan perairan ditingkat melalui kawalan udara Esszone

Advertisement
AYUB Khan bersama ahli mesyuarat yang hadir membincangkan operasi pemantauan udara.
AYUB Khan bersama ahli mesyuarat yang hadir membincangkan operasi pemantauan udara.

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melalaui bahagian operasi udara akan memperkasa usaha pemantauan dan kawalan udara secara bersepadu.

Ketua Staf Bahagian Udara Esscom Brig Jen Ayub Khan Mohamad Khan berkata inisiatif itu akan dilaksanakan dengan kerjasama pesawat-pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkalan di pantai timur Sabah seperti Pesawat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Katanya, penggunaan pesawat-pesawat seperti Helikopter Fennec TLDM dari KD Sri Semporna, Helikopter Nuri TUDM di Tawau dan Helikopter Agusta dari Skuadron 881

Pangkalan Udara Tentera Darat (PUTD) di Sandakan.

Turut digunakan dua lagi pesawat iaitu pesawat Hawk dan pesawat B200T masing-masing didatangkan dari 6 Skuadron dan 16 Skuadron yang beroperasi dari pangkalan Udara Labuan.

Beliau berkata langkah itu penting untuk mengenal pasti sebarang pencerobohan dan kemasukan anasir-anasir luar yang boleh mengganggu gugat keselamatan serta ketenteraman awam di kawasan pantai timur Sabah khususnya di kawasan persempadanan perairan yang berhampiran dengan sempadan perairan Malaysia dan Filipina.

“Langkah drastik Esscom ini juga bertujuan membanteras semua jenis elemen jenayah rentas sempadan yang sering kali menjadikan kawasan Esszone sebagai 'staging point' untuk melakukan jenayah seperti penyeludupan manusia dan barang-barang kawalan selain penculikan,” katanya.

Ayub Khan berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat operasi pemantau udara bersama dengan Detachment-Detachment pesawat Angkatan Tentera Malaysia di Pejabat Esscom di sini hari ini.

Menurutnya, operasi udara yang dilaksanakan itu sebagai pelengkap kepada operasi lain yang sentiasa dilaksanakan oleh bahagian lain di dalam Esscom seperti Operasi Bersepadu, Operasi Gasak dan Operasi Gasak Laut.

Katanya, inisiatif itu juga sebagai satu pendekatan strategik untuk meningkatkan kehadiran dan keberadaan atau 'show of presence' pasukan keselamatan khasnya aset-aset udara yang berpangkalan di Esszone di lokasi-lokasi tertentu bagi menunjukkan kesiapsiagaan pasukan udara dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

  • oleh
  • Advertisement