Anda di sini

APMM Lahad Datu rampas 77 karton rokok

Advertisement
ROKOK seludup yang dirampas.
ROKOK seludup yang dirampas.

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu menggagalkan cubaan menyeludup masuk 77 karton rokok pelbagai jenama menggunakan sebuah bot enjin sangkut di perairan Kampung Puyut hari ini.

Pengarah Zon APMM Lahad Datu Komander Maritim Abdul Muhaimin Mohamad Salleh berkata, petugas rondaan mengesan sebuah bot dengan muatan yang mencurigakan di kedudukan jarak lebih kurang 0.15 batu nautika selatan Lahad Datu, kira-kira jam 7 pagi.

"Apabila menyedari kehadiran bot APMM, bot suspek nekad meluncur laju ke arah kawasan daratan dan tekong bot berjaya melepaskan diri daripada ditangkap.

"Hasil pemeriksaan, ditemukan beberapa bungkusan plastik yang berisi muatan rokok pelbagai jenama di dalam bot disyaki untuk dijual di pasaran tempatan," katanya dalam kenyataanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Muhaimin bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan barang rampasan yang kesemuanya dianggarkan RM13,440 telah dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Jabatan Pelabuhan Dermaga Sabah.

BOT dan barang seludup yang dirampas.
BOT dan barang seludup yang dirampas.

Katanya, APMM akan terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Lahad Datu.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi terus talian 089-885727 pusat operasi APMM Lahad Datu atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan.

  • oleh
  • Advertisement