Anda di sini

Tujuh rumah musnah terbakar

Advertisement
ANGGOTA bomba melakukan pemadaman api.
ANGGOTA bomba melakukan pemadaman api.

SANDAKAN: Tujuh rumah musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Seguntur-Perkampungan Bakau di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata enam rumah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi terbakar 20 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu melalui talian MERS999 pada jam 10.43 pagi.

"Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, sebuah jentera tangki dan sebuah kenderaan utiliti dengan kekuatan 13 anggota diketuai PKPgB Razali Awang Ahmad digerakkan ke lokasi sejauh 16 kilometer dari balai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anddre berkata pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 11.06 pagi dan segera melakukan pemadaman serta mengawal api daripada merebak.

"Operasi berjaya dikawal pada jam 11.13 pagi dan tiada kecederaan serta kematian dilaporkan dalam kejadian itu," katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihaknya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik yang juga Ketua Cabang PKR Libaran Jaffari William turut melawat mangsa kebakaran terbabit.

Jaffari berkata pihaknya telah mengambil maklumat dan keterangan daripada mangsa terlibat.

"Terdapat tiga keluarga warga tempatan dan empat keluarga warga asing yang terlibat dalam kebakaran itu," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyampaikan sumbangan kepada semua mangsa terlibat termasuk mangsa warga asing dalam masa terdekat ini.

  • oleh
  • Advertisement