Anda di sini

Teksi bantu promosi Kempen Melawat Sarawak

Advertisement
Abdul Karim (dua kanan) bersama Sharzede (dua kiri) dan Abdul Wahab (kiri) selepas menyempurnakan pelancaran pelekat kereta Kempen Melawat Sarawak di perhentian teksi, Plaza Merdeka di sini hari ini.
Abdul Karim (dua kanan) bersama Sharzede (dua kiri) dan Abdul Wahab (kiri) selepas menyempurnakan pelancaran pelekat kereta Kempen Melawat Sarawak  hari ini.

KUCHING: Lebih 2,000 pelekat kereta akan diedarkan kepada teksi di seluruh Sarawak sempena Kempen Melawat Sarawak.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kementeriannya melalui Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk mempromosikan pelancongan Sarawak.

"Pelekat kereta ini akan diedarkan kepada pemandu teksi di Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan bahagian-bahagian lain di seluruh Sarawak,” katanya selepas majlis pelancaran pelekat Kempen Melawat Sarawak di perhentian teksi, Plaza Merdeka di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi STB Datuk Abdul Wahab Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh.

Beliau menambah pelekat kereta yang diletakkan dalam teksi bagi tempoh dua tahun itu, juga mengandungi kod QR yang membolehkan pengguna mengakses ke laman web STB.

Sementara itu, Sharzede berkata kod QR berkenaan akan menjadi sumber maklumat utama bagi pelawat ke negeri ini.

"Dengan mengakses ke laman web STB, pelawat dapat melihat dan mengetahui lebih mendalam mengenai destinasi dan tarikan pelancongan di Sarawak,” katanya.

Selain pelekat untuk teksi berkenaan, beliau berkata beberapa inisiatif telah dijalankan oleh STB untuk mempromosikan Kempen Melawat Sarawak seperti pemasangan papan tanda, sepanduk serta skrin LCD di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain di Malaysia termasuk di Singapura. 

“Dengan semua promosi ini, kami berharap dapat mencapai sasaran lima juta pelancong pada tahun ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement