Anda di sini

Suspek utama serangan kelab malam Istanbul nafi tuduhan

Advertisement
 Gambar fail 17 Januari, 2017 menunjukkan jambangan bunga dan gambar mangsa disusun dekat pintu masuk kelab malam Reina di Istanbul. — Gambar Reuters
DALAM KENANGAN: Gambar fail 17 Januari, 2017 menunjukkan jambangan bunga dan gambar mangsa disusun dekat pintu masuk kelab malam Reina di Istanbul. — Gambar Reuters

ANKARA: Suspek utama  dituduh kerana membunuh 39 orang di sebuah kelab malam Istanbul dalam satu serangan ketika Tahun Baharu pada 2017 menafikan semua dakwaan di mahkamah kelmarin, lapor media negara Turki.

Tertuduh, Abdulkadir Masharipov, seorang rakyat Uzbek, mungkin berdepan dengan 40 hukuman penjara seumur sekiranya disabitkan, setiap satu bagi setiap orang mangsa  dan pembunuhan beramai-ramai itu sendiri.

Masharipov  memberitahu  mahkamah Istanbul semasa satu perbicaraan tertutup kelmarin bahawa dia tidak melakukan serangan itu dan dia “bukannya individu yang dilihat memegang selaras Kalashnikov “, lapor agensi berita negara Anadolu.

Penyerang tersebut sebelum ini menolak untuk memberikan keterangan di mahkamah namun kelmarin menyatakan dia menolak keterangan sebelum itu kepada  pihak polis di mana dia telah menerima tanggungjawab bagi serangan itu.

Di antara mereka yang ditembak hingga mati adalah 27 orang rakyat asing termasuk rakyat dari Lubnan, Arab Saudi, Israel, Iraq dan Maghribi yang telah pergi ke kelab malam elit Reina untuk menyambut tahun baharu.

Kumpulan ekstremis Islamic State mengakui bagi kejadian tembakan pada masa itu selepas satu rangkaian serangan pengganas dipersalahkan terhadap pejuang  jihad dan militan Kurdis pada

2015 dan 2016.

Suspek utama telah ditangkap selepas satu pemburuan yang lama pada 17 Januari, 2017, di kawasan kejiranan Esenyurt di Istanbul.

Kelmarin Masharipov menyatakan bahawa  dia telah datang ke Turki melalui Pakistan dan Iran  kerana isterinya sedang sakit dan dia  tidak mempunyai wang, menurut Anadolu.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa seorang rakan menunjukkan sekeping gambar menunjukkan dia di dalam Internet  sehari selepas serangan, yang mengejutkan dia, dan dia mencadangkan pihak media harus dipersalahkan kerana mengaitkan dengan kejadian tembakan itu.

Dia adalah seorang daripada 58 suspek yang dibicarakan di mahkamah  namun pada lewat kelmarin, hakim mengarahkan pembebasan dengan syarat terhadap 18  individu bagi tempoh prosiding perundangan.

Namun mahkamah memutuskan bahawa 20 orang suspek termasuk Masharipov, isterinya Zarina Nurullayeva dan seiorang wanita Perancis  yang dia telah kahwini menurut agama namun tidak secara sah dari segi undang-undang, harus kekal ditahan, lapor agensi.

Anadolu tidak memberikan maklumat mengenai 19 orang suspek lain yang tidak berada dalam tahanan.

Perbicaraan seterusnya dalam kes adalah pada 16 Mei. — AFP

Advertisement