Anda di sini

SMK Bandau opitimis jadi juara kali ke-6 MSSD Kota Marudu

Advertisement
HALIM
HALIM

KOTA MARUDU: SMK Bandau yang sudah mengutip 17 emas kini hampir pasti menjadi juara keseluruhan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) setelah meninggalkan pencabar terdekatnya tahun lalu, SMK Tandek yang baru mengutip 7 emas.

Pengetua SMK Bandau Halim Haji Bidin ketika ditemui melahirkan rasa opitimis bakal menjulang kejuaraan kali keenam berturut-turu sekali gus melakar sejarah kutipan pingat paling banyak.

“Pencapaian para atlet sekolah amat membanggakan di mana mereka tetap fokus meskipun dalam cuaca panas terik,” katanya.

Kejohanan antara sekolah peringkat daerah Kota Marudu itu diadakan di SMK Bengkongan.

Majlis penutupan hari ini (Khamis) dijadual disempurnakan Setiausaha Sulit Ketua Menteri Francis Au.

Kejohanan itu melibatkan lapan sekolah menengah di sini merangkumi SMK Bandau, SMK Tandek, SMK Kota Marudu, SMK Bengkongan, SMA Goshen, SMK Langkon, SMK Kota Marudu II dan SMK Tandek 2.

  • oleh
  • Advertisement