Anda di sini

Seramai 31 peserta sertai Klinik Olahraga Acara Pecut

Advertisement
 Joselly (empat kiri), Watson dan yang lainnya bersama atlet SMK Trusan menyertai Klinik Olahraga.
TINGKAT KEMAHIRAN: Joselly (empat kiri), Watson dan yang lainnya bersama atlet SMK Trusan menyertai Klinik Olahraga.

LAWAS: Seramai 31 peserta terdiri sembilan atlet guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan menimba ilmu dan pengalaman pada Klinik Olahraga Acara Pecut diadakan di sini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Trusan, Joselly Pengiran berkata program itu dikendalikan oleh bekas raja pecut negara, Watson Nyambek.

“Program ini bagi membantu perkembangan sukan olahraga pada peringkat akar umbi sekiranya berjalan dengan terancang.

“Ini satu pendedahan kepada peserta memantapkan kemahiran dalam sukan olahraga sekiranya pengetahuan tinggi berkaitan aspek taktikal dapat disuntik kepada mereka,” katanya.

Jelasnya, program itu juga sejajar dengan hasrat sekolah itu melahirkan lebih ramai atlet olahraga untuk diketengahkan di peringkat sekolah dan lebih tinggi.

Turut hadir Penyelia Sukan Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Lawas, Abdul Rahman Sepawi.

Advertisement