Anda di sini

Philip dilantik Pegawai Teknikal Piala Dunia

Advertisement
PHILIP GISAN
PHILIP GISAN

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah (SWA) Philip Gisan antara yang dilantik sebagai Pegawai Teknikal Kejohanan Angkat Berat Piala Dunia, Fuzhou China pada 20-28 Februari.

Philip yang juga Exco Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) adalah pemegang sijil Pegawai Teknikal Kelas 1 Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).

"Ini adalah satu pengiktirafan buat pegawai negara kita khususnya di Sabah. Saya akan manfaatkan peluang ini untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman untuk membantu sukan angkat berat Sabah khususnya dalam aspek teknikal," kata Philip.

Beliau berkata demikian dalam mesejnya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Menurutnya jemputan dan lantikan ke Piala Dunia itu diterimanya daripada Persatuan Angkat Berat China pertengahan Januari lalu.

"Selepas menerima surat jemputan dan lantikan itu, saya tidak perlu berfikir dua kali kerana ini adalah peluang yang bukan senang diperolehi.

"Saya yakin banyak pengalaman yang boleh ditimba pada kejohanan itu. Kepercayaan ini tentu amat bermakna buat SWA," katanya.

Philip dijadualkan berangkat ke China pada Rabu.

  • oleh
  • Advertisement