Anda di sini

Penternakan lebah kelulut berpotensi diterokai

Advertisement
 Antara panel yang memberi pandangan pada sesi Forum Sembang Santai.
SEMBANG SANTAI: Antara panel yang memberi pandangan pada sesi Forum Sembang Santai.

PENTERNAKAAN Lebah kelulut atau nama saintifik Meliponini berpotensi diterokai oleh kebanyakan individu terutamanya di kawasan pesisir dan luar bandar yang ingin menjadikan penternakan itu sebagai menambah pendapatan selain memberi ruang pekerjaan bagi mereka.

Maktab Koperasi Malaysia(MKM) Zon Sarawak terus mengorak langkah dengan mencari pendekatan sebagai perintis memberi peluang kepada masyarakat ingin mencuri peluang menjadi

usahawan dalam program Jom Sembang Usahawan dengan tema memperkasa Keusahawanan Koperasi di Dewan Layar, Pejabat Daerah Betong.

Pengarah Operasi Sophia Taha Holding Sdn Bhd, Ismaily Liu Bujang dalam ceramahnya memberitahu, industri berasaskan hasil lebah mampu menjana pendapatan tinggi dan menguntungkan berikutan permintaan tinggi untuk keperluan produk hiliran.

 Syarifah Rohaya Wan Idris menyampaikan taklima berhubung ‘Kenali MKM’ pada program tersebut.
TAKLIMAT: Syarifah Rohaya Wan Idris menyampaikan taklima berhubung ‘Kenali MKM’ pada program tersebut.

Menurutnya, hasil lebah dapat menjana pendapatan kepada pengusaha selain mengorak langkah menjana pertumbuhan industri Negara dengan penghasilan pelbagai produk terutama produk kesihatan.

“Menerusi hasil perusahaan ini, pelbagai produk berjaya dihasilkan bukan sahaja madu lebah diiktiraf sebagai produk kesihatan malah produk lain seperti Propolis(perekat sarang lebah), Pollen(debunga) dan Royal Jelly (susu lebah). Produk-produk ini amat berpoteni dibangunkan dengan lebih pesat.

“Melihat kepada kepelbagaian ditawarkan dalam penternakan hasil lebah kelulut melalui penghasilan produk-produk hiliran. Di samping penjagaan mudah dipraktikkan dan kerja-kerja pemindahan ke sangkar khas tidak memerlukan kemahiran tinggi dan mampu dilakukan sesiapa sahaja,” katanya.

 Peserta menghadiri program Jom Sembang Usahawan yang berlangsung di Dewan Layar, Pejabat Daerah Betong.
USAHAWAN: Peserta menghadiri program Jom Sembang Usahawan yang berlangsung di Dewan Layar, Pejabat Daerah Betong.

Dalam program tersebut, kira-kira 100 peserta kalangan warga koperasi, kakitangan agensi kerajaan dan penduduk setempat menghadiri program tersebut memberi maklum balas positif dalam usaha penganjur menyebarkan perkongsian ilmu kepada masyarakat tempatan.

Program dianjurkan menyediakan empat sesi ceramah sepanjang

program melibatkan sesi taklimat Kenali MKM yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan MKM Sarawak, Syarifah Rohaya Wan Idris disusuli dengan taklimat Infaq Lil Waqf disampaikan oleh Pegawai Angkasa, Shuhaida Salleh.

Seterusnya Ceramah Peluang Keusahawanan Dalam Produk Hiliran Kelulut disampaikan oleh Ismaily Liu Bujang dan sesi forum dalam Sembang Santai bersama agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang membariskan Pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM), Raftica Supaat, Pegawai SME Corporation, Mohd Ghazali Mohd Yusuf, Pegawai Tekun, Roslan Ais dan Pegawai Angkasa, George Aiman Milin

sementara pegawai MKM selaku moderator forum.

Dalam pada itu, penganjur turut menyediakan ruang pameran melibatkan pelbagai agensi dan MKM menyediakan ruang pameran kepada peserta.

Menerusi program itu, penganjur mengharapkan supaya perkongsian ilmu dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir dan lebih ramai usahawan lahir dari kawasan Betong terutama kalangan anggota koperasi.

Selain itu, turut menyeru masyarkat di Betong melibatkn diri dengan aktif dalam koperasi sebagai salah satu cara meningkatkan taraf ekonomi masing-masing melalui aktiviti perniagaan dijalankan oleh koperasi.

Usahawan atau anggota koperasi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program-program MKM boleh melayari laman web MKM di alamat www.mkm.edu.my atau Facebook MKMZONSARAWAK dan boleh dihubungi talian 082-649407 tu emel ke [email protected].

  • oleh
  • Advertisement