Anda di sini

Penjawat awam ditahan miliki dadah

Advertisement
SUSPEK dan dadah yang dijumpai.
SUSPEK dan dadah yang dijumpai.

LAHAD DATU: Seorang pemandu sebuah jabatan kerajaan di sini diberkas polis kerana memiliki dadah seberat 6.25 gram bernilai RM987 di sebuah rumah tidak bernombor di kuarters kerajaan Jalan Segama, pada Selasa.

Turut ditahan seorang lelaki, 37, disyaki pengedar dadah yang aktif sejak tahun 2017 dan dikehendaki polis serta mempunyai rekod jenayah lampau.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata kedua-dua suspek ditahan hasil maklumat pengedaran, di mana sepasukan anggota Bahagian

Siasatan Jenayah Narkotik daerah menyerbu rumah suspek jam 8.50 malam.

"Setelah rumah dimasuki, suspek pertama yang disyaki pengedar diperiksa badan namun tidak ditemukan barang yang meragukan.

"Pemeriksaan suspek kedua pula di bahagian hadapan poket sebelah kiri seluar panjang warna biru gelap menemukan satu rangkai anak kunci," katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Nasri, serangkai kunci yang ditemukan itu mendorong kepada arahan membuka sebuah bilik di bahagian bawah rumah.

Katanya, setelah pemeriksaan dijumpai di atas lantai bilik itu satu bekas plastik di dalamnya terdapat tiga paket plastik cerah berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah syabu dengan anggaran berat 6.25 gram bernilai RM987 pada harga pasaran dan 15 gulung kertas timah.

Hasil ujian saringan awal mendapati suspek yang disyaki pengedar negatif manakala suspek pemandu positif methamphetamine dan amphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama.

  • oleh
  • Advertisement