Anda di sini

Pengeboman berkembar ragut 24 nyawa di Idlib

Advertisement
 Orang ramai melihat keadaan di tempat kejadian susulan letupan bom kereta dan motosikal di Idlib, kelmarin. — Gambar AFP
DAHSYAT: Orang ramai melihat keadaan di tempat kejadian susulan letupan bom kereta dan motosikal di Idlib, kelmarin. — Gambar AFP

BEIRUT: Serangan bom berkembar di bandar Idlib yang ditawan pemberontak di Syria kelmarin telah mengorbankan 24 orang termasuk empat kanak-kanak, menurut sebuah badan pemerhati perang.

Letupan pertama berpunca daripada sebutir bom yang diletakkan di bawah sebuah kereta di bandar utama  di wilayah Idlib, menurut Syrian Observatory for Human Rights.

Bom pada sebuah motosikal diletupkan selepas ambulans sampai di tempat kejadian letupan pertama, menurut kumpulan pemerhati yang berpusat di Britain.

Tiada pengakuan segera oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab atas serangan itu yang menurut pihak Observatory turut mencederakan sekurang-kurangnya 51 orang.

Idlib, bahagian  besar terakhir di Syria masih berada di luar kawalan rejim Presiden Bashar al-Assad, ditawan pakatan diketuai bekas sekutu Al-Qaeda di Syria Hayat Tahrir al-Sham.

HTS telah mengambil kawalan penmtadbiran ke atas seluruh wilayah pada bulan lepas, selepas menumpaskan puak lebih kecil yang disokong Turki.

Kumpulan  Islamic State turut mempunyai kumpulan sampingan di kawasan tersebut.

Pejabat tempatan Kerajaan Penyelamat, badan pentadbiran yang ditubuhkan HTS, terletak di jalan raya yang disasari serangan kelmarin.

Empat pejuang HTS terkorban dalam letupan itu, menurut Observatory, sementara 20 mangsa lagi adalah orang awam.

Idlib dilindungi daripada serangan rejim besar-besaran sejak September dalam perjanjian zon tengah yang dipersetujui sekutu rejim Rusia dan penyokong pemberontak Turki.

Sepanjang konflik lapan tahun yang telah mengorbankan lebih 360,000 orang, kerajaan mengawal hampir dua pertiga negara. — AFP

Advertisement