Anda di sini

Penasihat kanan Trudeeau dituduh campur tangan kes SNC-Lavalin

Advertisement
 Gambar fail 9 Disember, 2016 menunjukkan Butts bersama Ketua Staf Pejabat PM Katie Telford (kiri) mendengar ucapan Trudeau (tengah) semasa mesyuarat Menteri-Menteri Pertama di Ottawa, Ontario. — Gambar Reuters
LETAK JAWATAN: Gambar fail 9 Disember, 2016 menunjukkan Butts bersama Ketua Staf Pejabat PM Katie Telford (kiri) mendengar ucapan Trudeau (tengah) semasa mesyuarat Menteri-Menteri Pertama di Ottawa, Ontario. — Gambar Reuters

OTTAWA: Penasihat kanan kepada Perdana Menteri Justin Trudeau meletakkan jawatan kelmarin di sebalik tuduhan melibatkan campur tangan politik dalam pendakwaan jenayah terhadap syarikat gergasi kejuruteraan SNC-Lavalin.

Salah seorang arkitek utama bagi kemenangan Trudeau dalam pilihan raya 2015 dan rakan lama beliau, Gerry Butts menyatakan beliau meletakkan jawatan sebagai setiausaha dasar untuk perdana menteri bagi mengelakkan gangguan bagi kerajaan berdepan satu lagi perebutan pilihan raya yang sengit dalam masa lapan bulan.

Dalam satu kenyataan, Butts menafikan tuduhan “secara berperingkat” yang beliau secara peribadi memberikan tekanan  terhadap bekas pendakwa raya umum Jody Wilson-Raybould bagi satu penyelesaian di luar mahkamah dengan firma tersebut.

“Sebarang tuduhan bahawa saya atau kakitangan memberikan tekanan terhadap pendakwa raya umum adalah tidak benar,” kata beliau, namun menambah: “Ia merupakan demi kepentingan terbaik bagi pejabat dan tugas penting bagi saya untuk menjauhinya.’

Selama beberapa minggu, kerajaan Trudeau telah digegarkan dengan tuduhan campur tangan yang pertama dilaporkan oleh Globe and Mail, memetik kepada sumber yang tidak dinyatakan.

Krisis politik menjadi semakin mendalam pada minggu lepas dengan  perletakan jawatan mengejut oleh Wilson-Raybould, dan pelancaran satu siasatan oleh pesuruhjaya etika bebas.

Anggota pembangkang dari jawatankuasa kehakiman Rakyat turut cuba untuk  cuba untuk memberikan tumpuan terhadap isu tersebut, namun pihak Liberal menggunakan majoriti mereka untuk menghalang cadangan agar Butts dan pegawai kanan kerajaan yang lain memberikan keterangan. Jawatankuasa  tersebut akan membincangkan isu itu sekali lagi semalam secara tertutup.

SNC-Lavalin yang berpusat di Montreal telah didakwa 2015 dengan kesalahan rasuah kerana memberikan rasuah kepada pegawai di Libya di antara 2001 dan 2011 untuk mendapatkan kontrak kerajaan semasa kebangkitan bekas pemimpin Muammar Ghadaffi.

Ia telah melobi kerajaan, termasuk pegawai kanan di dalam pejabat Trudeau, bagi satu penyelesaian luar mahkamah yang akan termasuk membayar denda dan bersetuju untuk melaksanakan langkah-langkah pematuhan.

Satu kemungkinan bagi keputusan bersalah dalam perbicaraan,dipertikaikan oleh syarikat, berisiko melumpuhkan perniagaannya serta meletakkan ribuan orang kehilangan pekerjaan.

Namun Wilson-Raybould menolak untuk meminta pendakwa raya untuk berurusan dengan syarikat, dan perbicaraan telah dijangka akan diteruskan.

Trudeau telah menafikan tuduhan, menyatakan bahawa beliau telah menjelaskan kepada Wilson-Raybould bahawa mana-mana keputusan dalam kes “harus dilakukan sendiri oleh pendakwa raya umum.”

Wilson-Raybould telah menolak untuk bercakap, memetik kepada keistimewaan peguam-anak guam dan kerahsiaan kabinet.

Butts menjadi rakan rapat dengan Trudeau ketika di universiti dan sejak lebih dua dekad akan membantu meneliti masa depan Trudeau. — AFP

Advertisement