Anda di sini

JHL diminta segera tangkap buaya di parit Jalan Sin On

Advertisement
CHUNG menyerahkan surat aduan penduduk kepada pegawai JHL Cawangan Tawau.
CHUNG menyerahkan surat aduan penduduk kepada pegawai JHL Cawangan Tawau.

TAWAU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) diminta segera bertindak menangkap dua ekor buaya yang dikesan semenjak pertengahan tahun lepas di kawasan parit Jalan Sin On.

Ketua Masyarakat Cina Bunga Raya Chung Siang Ying berkata pihaknya sudah menemui pegawai JHL Cawangan Tawau dan menyuarakan kebimbangan penduduk.

“Kehadiran buaya itu dimaklumkan kepada kita oleh salah seorang penduduk di kawasan berkenaan petang Selasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata surat aduan sudah diserahkan kepada pegawai JHL pagi Rabu dan mengakui turut bimbang dengan keselamatan penduduk di kawasan Jalan Sin On.

Khususnya, penduduk Taman Fook On yang terletak berhampiran lokasi buaya terbabit dikesan kerana haiwan reptilia itu disifatkannya berbahaya.

“Pegawai JHL yang kita temui ada memberikan jaminan untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan segera termasuk memasang perangkap di parit Jalan Sin On.

KEHADIRAN buaya di parit Jalan Sin On menimbulkan kerisauan penduduk di sekitar kawasan berhampiran.
KEHADIRAN buaya di parit Jalan Sin On menimbulkan kerisauan penduduk di sekitar kawasan berhampiran.

“Namun, JHL memohon penduduk di kawasan berdekatan supaya memberi maklumat terkini dari semasa ke semasa supaya usaha penangkapan berjalan lancar,” katanya.

Penduduk atau orang awam yang mahu menyalurkan maklumat berkaitan boleh menghubungi JHL Cawangan Tawau di talian 089-763139.

  • oleh
  • Advertisement