Anda di sini

Blok kedai sembilan lot musnah terbakar

Advertisement
ANGGOTA bomba giat melakukan operasi pemadaman di lokasi kejadian menggunakan sumber air dari jentera bomba.
ANGGOTA bomba giat melakukan operasi pemadaman di lokasi kejadian menggunakan sumber air dari jentera bomba.

BEAUFORT: Blok kedai yang memuatkan sembilan lot kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Bingkul di sini, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Hasbullah Nanggok berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 3.12 pagi.

“Bertindak atas panggilan itu, kita menggerakkan keseluruhan 18 anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk Beaufort, Kimanis dan Kuala Penyu bagi melakukan operasi pemadaman.

“Tiga jentera pemadam turut digegaskan ke lokasi berikutan kebakaran membabitkan kawasan agak luas,” katanya.

Menurutnya kejadian membabitkan sebuah blok kedai sembilan lot jenis tidak kekal berukuran 200x40 kaki persegi.

“Anggota bomba bertindak membuat pemadaman dan api berjaya dikawal jam 4.44 pagi daripada merebak ke sembilan rumah penduduk serta sebuah lagi lot kedai yang terletak berhampiran.

“Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dan kerja pemadaman bara api masih dijalankan sehingga jam 10 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement