Anda di sini

Tragedi lombong emas di Zimbabwe

Advertisement
 Pekerja penyelamat mengangkat beg berisi mayat seorang pelombong semasa operasi mencari dan menyelamat di lombong emas Cricket yang dinaiki air dekat Kadoma, Zimbabwe pada Ahad. — Gambar AFP
MALANG: Pekerja penyelamat mengangkat beg berisi mayat seorang pelombong semasa operasi mencari dan menyelamat di lombong emas Cricket yang dinaiki air dekat Kadoma, Zimbabwe pada Ahad. — Gambar AFP

HARARE: Pekerja penyelamat Zimbabwe menemui 24 mayat dan lapan mangsa terselamat di dua lombong emas yang dinaiki air manakala puluhan lagi dikhuatiri terperangkap.

“Lapan pelombong yang terperangkap diselamatkan, sementara 24 mayat dikeluar-kan dan usaha mencari serta menyelamat masih diteruskan di Lombong Battlefields,” lapor Stesen Penyiaran Zimbabwe.

Dua lombong tinggal itu terletak berhampiran bandar Kadoma, 145 kilometer barat daya Harare.

Mangsa yang terselamat dilaporkan dalam kedaan stabil.

Rakaman video yang dimuat naik dalam Twitter, seorang mangsa terselamat memberitahu wartawan air berada pada paras leher dan mangsa yang terperangkap terpaksa berdiri selama beberapa hari sehingga air surut.

Pada Jumaat kerajaan me-ngatakan antara 60 dan 70 pelombong terperangkap dalam dua lombong terbabit.

“Kerajaan melancarkan tabung bantuan bagi membantu usaha menyelamat yang menelan kos $200,000. Ia untuk digunakan bagi kerja-kerja mengepam air, serta menyedia-kan makanan dan minuman kepada keluarga mangsa dan pasukan penyelamat,” kata Menteri Luar, July Moyo.

Zimbabwe kini dihimpit krisis ekonomi yang terburuk dalam tempoh sedekad.

Perlombongan emas, kebanyakannya di lombong tinggal oleh syarikat besar semakin berleluasa di negara itu yang menjadi sumber pendapa-tan kebanyakan penduduk. — Bernama

Advertisement