Anda di sini

Teknologi tingkat pemasaran

Advertisement
 Salahuddin (kanan) bertanyakan harga buah-buahan kepada salah seorang peniaga di Pasar Tani Daro semalam.
TERTARIK: Salahuddin (kanan) bertanyakan harga buah-buahan kepada salah seorang peniaga di Pasar Tani Daro semalam.

MUKAH: Pemasaran hasil pertanian dan perikanan berkemungkinan akan dibuat secara dalam talian untuk mempercepatkan proses jual beli.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, selain cepat perkara itu juga akan mengelakkan masalah orang tengah yang dialami oleh golongan petani dan nelayan.

"Kita boleh lihat negara lain seperti Thailand yang sudah menggunakan kaedah ini (dalam talian) untuk memasarkan hasil-hasil perikanan," katanya selepas melawat Pasar Tani Daro semalam.

Selain menjimatkan masa, ia juga satu kaedah pengiklanan murah dan perbandingan harga boleh dilakukan pada satu-satu masa.

Malaysia katanya walaupun dikenali sebagai negara pertanian, harus berubah ke arah pertanian moden untuk mempertingkatkan produktiviti.

Peningkatan produktiviti katanya, adalah pengeluaran hasil pertanian secara besar-besaran yang pada akhirnya akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan golongan petani dan nelayan.

Untuk itu, beliau turut menjanjikan kerajaan akan mengambil langkah-langkah perlu bagi melonjakkan lagi pendapatan golongan petani dan nelayan.

Salah satunya adalah dengan teknik pemasaran hasil tani dan perikanan cepat, di samping pengeluaran berskala besar.

Penggunaan teknologi secara pemasaran dan juga kaedah pertanian turut akan diambil bagi mempertingkatkan produktiviti.

Beliau semalam turut melawat beberapa tempat berkaitan pertanian dan perikanan di sekitar Daro.

  • oleh
  • Advertisement