Anda di sini

Tarian singa dan naga ceriakan sambutan TBC SKJB

Advertisement
 Guru-guru SKJB dan murid-murid merakam gambar kenangan bersama kumpulan tarian singa dan naga.  (Gambar kanan)
UNTUK ALBUM: Guru-guru SKJB dan murid-murid merakam gambar kenangan bersama kumpulan tarian singa dan naga. (Gambar kanan)

KERIANGAN jelas terpancar pada wajah 1,060 murid Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang (SKJB) apabila menerima kedatangan sekumpulan penari tarian singa dan naga semasa sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di sekolah tersebut di Miri, baru-baru ini.

Program yang merupakan sebahagian Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) itu diadakan untuk membawa murid-murid sekolah tersebut bersama meraikan TBC.

 Kumpulan tarian naga mempertontonkan persembahan yang begitu memukau.
PERSEMBAHAN: Kumpulan tarian naga mempertontonkan persembahan yang begitu memukau.
 Keceriaan jelas terpancar pada wajah murid-murid SKJB dalam menyambut TBC di sekolah tersebut.
CERIA: Keceriaan jelas terpancar pada wajah murid-murid SKJB dalam menyambut TBC di sekolah tersebut.

Guru Besar Ahmad Othman berkata, TBC merupakan sambutan perayaan siri pertama untuk sekolah tersebut bagi tahun ini.

“Sekolah kami beriltizam untuk bersama merayakan setiap perayaan utama dan akan dibuat setiap tahun.

“Untuk program sambutan TBC ini ianya dikelolakan oleh Kelab Bahasa Cina SKJB,” katanya ketika ditemu bual pemberita di sekolah tersebut baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak berkenaan yang bekerjasama dalam menjayakan program tersebut.

 Ahmad (empat kiri) menerima ucapan TBC dari kumpulan tarian singa.
SAMBUTAN: Ahmad (empat kiri) menerima ucapan TBC dari kumpulan tarian singa.

“Kami berterima kasih kepada individu yang menyalurkan sumbangan untuk menghadirkan kumpulan tarian singa dan naga untuk dipertontonkan kepada anak-anak murid.

“Tidak lupa juga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Kelab Sokongan Ibu Bapa yang sentiasa menyokong aktiviti SKJB selama ini,” katanya menambah seramai 92 orang guru dan kakitangan sokongan turut serta dalam sambutan kali ini.

  • oleh
  • Advertisement