Anda di sini

SK Sri Gaya julang dua kejuaraan peringkat daerah

Advertisement
PASUKAN hoki SK Sri Gaya.
PASUKAN hoki SK Sri Gaya.

KOTA KINABALU: Sekolah berprestasi tinggi, Sekolah Kebangsaan Sri Gaya (SKSG) memulakan kalendar ko-kurikulum 2019 dengan langkah kanan apabila menjulang dua kejuaraan peringkat daerah dalam tempoh seminggu.

Belumpun habis meraikan kejuaraan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Zon Tg Aru pada 19 Januari lalu, tiga pemain iaitu Dzulhairi Haqimie Norjali, Chew Kee Hadrieyv Miqhayl Hashizan dan Javier Saviola Jelius yang dilatih oleh Jeffrien Ibing dan Iskandar Suhaili sebagai pengurus, terpilih mewakili pasukan Zon Tg Aru ke MSSD Kota Kinabalu.

Sementara itu, pasukan hoki di bawah bimbingan jurulatih Sharizalina Lea dan Syaakira Isahak turut meraih kejayaan menerusi pukulan penalti shotout.

SKSG berjaya menumpaskan tuan rumah SK Lok Yuk yang juga merupakan pasukan pilihan dengan 2-0 menerusi jaringan Dzulhairi Haqimie Norjali dan Ivan Kane Jomiko.

Harus dikatakan, kejayaan pasukan berkenaan juga disumbangkan oleh aksi cemerlang penjaga gawang, Alang Shazlan sepanjang perlawanan.

Dalam pada itu, Setiausaha Kokurikulm Iskandar Suhaili ketika ditemui mezahirkan ucapan penghargaan kepada semua pemain dan Guru Besar SK Sri Gaya Alhazmi Abdullah serta warga sekolah tersebut.

Advertisement