Anda di sini

Sabarudin Kadir penyelamat Wirajaya

Advertisement
NAIB Presiden Safa Papar Ag.Damit@ Buchu (kanan) merakamkan gambar bersama pemain jemputan terdiri dari Zakaria (kiri) Jali, Jumi dan Bill.
NAIB Presiden Safa Papar Ag.Damit@ Buchu (kanan) merakamkan gambar bersama pemain jemputan terdiri dari Zakaria (kiri) Jali, Jumi dan Bill.

BEAUFORT: Bekas pemain negeri Sabarudin Kadir menjadi penyelamat pasukan Wirajaya dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan ketika menentang pasukan Masjid Cahaya Iman Membakut (MCIM) di Padang Kompleks Beaufort baru-baru ini.

Pada perlawanan persahabatan bolasepak itu pasukan Wirajaya dan MCIM seri 4-4 di mana gol Wirajaya turut disumbangkan oleh Zakaria Hj.Jaidin pada minit ke 40, Hussin Dullah minit ke 65 dan Jumi pada minit ke 38.

Manakala gol pasukan MCIM yang diketuai oleh Samat Aman dijaringkan oleh Malik, Syed, Ag. Aidi dan Hj.Herwan.

Samat ketika ditemui memuji aksi kedua-dua pasukan walaupun sebahagiannya terdiri dari beberapa pemain veteran yang berumur 50-60 tahun ke atas namun masih mampu bermain sepenuh masa selain memperlihatkan skil masing-masing di samping disiplin yang tinggi sepanjang permainan .

Katanya, perlawanan persahabatan sebegini mampu merapatkan tali silaturahim di kalangan pemain serta masyarakat setempat.

Dalam pada itu Zakaria Hj.Jaidin selaku pemain jemputan Wirajaya bersama Jumi, Bill, Mazlan, Kasim dan Jali berkata, aktiviti seumpama ini dapat memberi kesedaran khusus kepada warga veteran untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan bersukan.

PASUKAN MCIM dan Wirajaya merakamkan gambar sebelum perlawanan. Sabarudin (berdiri, tiga kiri).
PASUKAN MCIM dan Wirajaya merakamkan gambar sebelum perlawanan. Sabarudin (berdiri, tiga kiri).

Beliau merakamkan ucapan ribuan terimakasih khusus kepada pasukan Wirajaya yang sudi menjemput beliau bersama rakan-rakan yang lain untuk bermain dalam perlawanan persahabatan berkenaan.

Di akhir perlawanan, penjaga gol MCIM Daud yang dikenali sebagai Dino Zof dan Abd. Wahid penjaga gol Wirajaya dianugerahkan sebagai Penjaga Gol Terbaik sepanjang perlawanan.   

Manakala Husin Dullah dianugerahkan Pemain Berbisa dan Hj.Herwan Penjaring Gol Tercantik.

Advertisement