Anda di sini

Monfils julang trofi Terbuka Rotterdam

Advertisement
 Monfils meraikan kejayaannya memenangi kejohanan Terbuka Rotterdam. — Gambar Reuters
DETIK MANIS: Monfils meraikan kejayaannya memenangi kejohanan Terbuka Rotterdam. — Gambar Reuters

ROTTERDAM: Gael Monfils menewaskan rakan baiknya, Stanislas Wawrinka 6-3, 1-6 dan 6-2 untuk memenangi kejuaraan Terbuka Rotterdam, kejuaraan kelapan dalam kariernya Ahad lepas.

Monfils, naib juara di sini tiga tahun yang lepas, menangani kebangkitan Wawrinka pada set kedua sebelum beraksi di set ketiga.

“Ia adalah minggu yang luar biasa bagi saya,” kata Monfils.

“Stan adalah sebahagian dari kemenangan ini. Kami banyak berbual dan berlatih bersama. Anda saudara saya,” kata beliau.

“Ini minggu yang baik untuk Stan dan juga saya. Saya berharap kami oleh bersaing lebih banyak lagi kejuaraan.”

Wawrinka, juara 2015 di sini dan meneruskan kepulangan selepas 18 bulan berehat kerana menjalani dua pembedahan di bahagian lutut, bermain di final pertama beliau sejak Terbuka Perancis pada Jun 2017.

“Ia adalah hebat untuk berada di final,” kata Wawrinka. “Saya gembira dengan cara saya bermain dan cara saya melangkah ke final.

“Saya bermain empat perlawanan yang bagus di sini, saya mengekalkan rentak sepanjang minggu.”

Ia adalah final pertama dalam 11 tahun di sini yang memaparkan dua pemain bukan pilihan.

Monfils, 32, tidak menunjukkan sebarang masalah di pergelangan tangan yang menjejaskan permainannya sepanjang minggu dan memaksanya mengambil ubat penahan sakit.

“Saya bergelut dengan masalah pergelangan tangan sepanjang minggu,” katanya.

Pemain ranking ke-33 dunia itu menang dalam masa satu jam setengah untuk memenangi kejuaraan pertama sejak di Doha tahun lepas. — AFP

Advertisement