Anda di sini

Libya memperingati penggulingan Ghaddafi

Advertisement
 Rakyat Libya mengibarkan bendera kebangsaan ketika menyertai perhimpunan untuk menandakan ulang tahun ke-8 pemberontakan di Martyrs Square di Tripoli pada Ahad. — Gambar AFP
MERIAH: Rakyat Libya mengibarkan bendera kebangsaan ketika menyertai perhimpunan untuk menandakan ulang tahun ke-8 pemberontakan di Martyrs Square di Tripoli pada Ahad. — Gambar AFP

TRIPOLI: Ribuan rakyat Libya berkumpul di jalan raya pada Ahad untuk menandakan lapan tahun sejak pemberontakan yang menggulingkan pemimpin diktator Muammar Ghaddafi, di sebalik krisis politik dan keselamatan yang kronik.

Sambil melambaikan bendera dan memakai warna kebangsaan negara iaitu merah, hitam dan hijau, peserta perarakan  membanjiri Martyrs Square di Tripoli, di mana mendiang autokrat itu pernah memberikan ucapan, untuk meneruskan sambutan yang dimulakan sehari se-belumnya.

Sambutan pada hari tersebut telah dipenuhi dengan letupan bunga api, konsert dan persembahan muzik yang bising daripada alat pembesar suara.

Di Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya dan “kawasan utama bagi revolusi”, sambutan adalah lebih malap.

Hanya beberapa orang yang berkumpul di dataran mahkamah Benghazi di mana tunjuk perasaan anti-Ghaddafi yang pertama dimulakan.

Pernah menjadi satu simbol bagi pemberontakan, ia sekarang berada dalam runtuhan, kesan daripada peperangan terhadap pejuang jihad dilancarkan pada 2014.

“Revolusi ini telah  dilahirkan di jalanan dan dataran, dilaksanakan oleh golongan belia… namun sebahagian sedang cuba untuk merampas impian dan keinginan rakyat kami untuk kehidupan yang lebih bermaruah,” kata penduduk Benghazi berusia 32 tahun, Mohamad al-Agouri.

Libya telah dibayangi pe-rebutan kuasa sejak pemberontakan yang disokong oleh NATO pada 2011, de-ngan kumpulan militia dan puak bersaing untuk mengawal  sumber di negara itu.

Negara yang kaya dengan minyak itu terbahagi antara beberapa pentadbiran bersaingan, dengan Kerajaan Perjanjian Kebangsaan yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berpusat di Tripoli dan sebuah badan sejajar di timur yang disokong oleh pemimpin Khalifa Haftar dan pasukan tenteranya, Tentera Kebangsaan Libyan.

Perkhidmatan awam yang asas adalah dikehendaki dan keganasan yang berterusan serta perpecahan telah mencetuskan ketidaktentuan dan keadaan terdesak, terutama di kalangan belia di negara itu.

“Saya tidak sabar menunggu untuk melihat Libya kembali stabil dan mampu hidup dalam keadaan aman,” ahli farmasi Abdelhamid al-Maghrabi memberitahu AFP.

“Kami telah puas berperang, pembunuhan beramai-ramai dan kemunsnahan,” kata bapa kepada empat anak itu. — AFP

Advertisement