Anda di sini

JPNS lestari ekosistem terumbu karang

Advertisement
 AHEMAD bersama pasukan penyelam bertauliah yang menjayakan program itu.
AHEMAD bersama pasukan penyelam bertauliah yang menjayakan program itu.

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong memuji usaha Jabatan Perikanan Negeri Sabah (JPNS) dalam melaksanakan program pemusnahan makhluk perosak Mahkota Duri atau Crown of Thorns (COT) yang menjadi ancaman terumbu karang.

Menurutnya, inisiatif yang proaktif itu diketuai Pengarah Perikanan Sabah Dr Ahemad Sade bersama 10 penyelam bertauliah di Lahad Datu yang turut disertai dua dari syarikat Ruby Lagoon Travel & Tour Sdn Bhd.

"Sebanyak 858 ekor COT di perairan Tebah Batang, Tungku telah dimusnahkan dalam program itu baru-baru ini.

"Pemusnahan makhluk perosak COT dibuat melalui kaedah suntikan racun ke badan pemangsa terumbu karang itu.

"Kaedah itu boleh menyebabkan kematian COT dalam tempoh 3-5 jam di air laut," katanya.

Beliau yang juga Adun Tanjung Aru berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Junz, ekosistem terumbu karang penting bagi persekitaran marin kerana ia menjadi tempat pelbagai spesies ikan mencari makanan, membiak, membesar dan berlindung.

Katanya, selain itu industri pelancongan boleh terjejas sekiranya keindahan alam semulajadi tidak dijaga sebaiknya.

Beliau seterusnya mengalu-alukan penyertaan syarikat swasta dalam program seumpama itu bagi memastikan kelestarian terumbu karang terus terpelihara.

Pada perkembangan sama, Ahemad berkata JPNS sentiasa komited dengan mempergiatkan lagi usaha itu.

"Saya harap lebih banyak syarikat swasta tampil menjalankan tanggungjawab sosial korporat syarikat dengan bersama-sama kami menjayakan usaha ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement