Anda di sini

Industri berkaitan digital menyumbang ekonomi Sarawak

Advertisement
Abang Johari tiba di merasmikan Simposium TVET yang diiringi Manyin (dua kiri) dan Morshidi (dua kanan) di sini, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Abang Johari tiba di merasmikan Simposium TVET yang diiringi Manyin (dua kiri) dan Morshidi (dua kanan) di sini, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING:  Sarawak dijangka menjana pendapatan yang lebih tinggi daripada suntikan pelaburan berkaitan industri digital pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, malahan ia menunjukkan gambaran positif hasil daripada pelaksanaan beberapa inisiatif digital sejak tahun 2018.

"Pada tahun 2018, melalui suntikan pelaburan dalam industri berkaitan digital, kita menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dua hingga tiga peratus.

"Ini akan memberi balik kepada kita lebih (RM) 3 bilion dan ini sebagai permulaan," katanya berucap merasmikan Simposium Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kementerian Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi di sini, hari ini.

Tambah beliau ia hanya sebagai permulaan dan merupakan insiatif pertama sebaik sahaja mengambil alih tampuk kepimpinan negeri ini.

Tambahnya melalui inisiatif itu juga Sarawak mempunyai klusternya tersendiri yang akan mentransformasikan ekonomi negeri.

"Saya percaya jika semua infrastruktur dibina kita akan mentransformasikan ekonomi melalui digital ini," tegasnya.

Sarawak melancarkan Strategi Ekonomi Digital Sarawak (2018-2022) pada tahun 2018 sebagai langkah ke arah mencapai Ekonomi Digital.

Malahan kata Abang Johari, akan terus mempertingkatkan infrastruktur seperti membina menara telekomunikasi di seluruh Sarawak dengan peruntukan RM1 bilion pada tahun lepas.

Katanya usaha itu akan berterusan dimana pada bulan hadapan, beliau sendiri akan ke Bahagian Betong untuk melihat hasil kajian pembinaan menara berkenaan di kawasan dikenal pasti.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

  • oleh
  • Advertisement