Anda di sini

Tangisan kegembiraan sambut kepulangan anak Sarawak dari Kemboja 

Advertisement
Ahli keluarga dan bekas tahanan Sarawak berpelukan gembira sebaik tiba di KIA hari ini dari Siem Reap, Kemboja.
Ahli keluarga dan bekas tahanan Sarawak berpelukan gembira sebaik tiba di KIA hari ini dari Siem Reap, Kemboja. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Suasana gembira bercampur hiba sebaik 40 anak Sarawak yang merupakan bekas tahanan di Kemboja keluar dari pesawat JC International Airlines di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. 

Kesemua 40 anak Sarawak dan tiga lagi dari Sabah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar pukul 2.15 petang selepas menaiki penerbangan terus selama dua jam 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja.

Turut bersama dalam penerbangan tersebut, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dan Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 

Bekas tahanan tidak dapat menahan sebak sebaik berjumpa semula dengan ahli keluarga di KIA hari ini.
Bekas tahanan tidak dapat menahan sebak sebaik berjumpa semula dengan ahli keluarga di KIA hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

"Selepas dua bulan ditahan, akhirnya pada Jumaat lepas Kerajaan Kemboja telah memberikan kelulusan pembebasan kepada semua rakyat kita yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay MeanChey. 

"Bagi pihak Kerajaan Malaysia kita ingin berterima kasih kepada Kerajaan Kemboja atas kerjasama yang baik dalam urusan pembebasan sehingga penerbangan balik ke Kuching hari ini," kata Fatimah pada sidang media di LTAK hari ini. 

Sementara itu, Wan Junaidi berkata kunci utama kepada kejayaan pembebasan ini adalah kesungguhan Kerajaan Sarawak untuk membantu membawa balik semua tahanan dari Kemboja termasuk mereka dari Semenanjung Malaysia dan Sabah. 

"Pendekatan diplomatik adalah satu-satunya pilihan kita dalam memastikan kejayaan memastikan kejayaan misi membawa balik semua rakyat kita ini. 

"Kerajaan Kemboja kata Kerajaan Sarawak ambil berat dan itu adalah kunci utama kepada kejayaan kita," katanya pada sidang media yang sama. 

Fatimah dan Wan Junaidi  tiba di KIA bersama 40 bekas tahanan Sarawak dan tiga dari Sabah hari ini
Fatimah dan Wan Junaidi tiba di KIA bersama 40 bekas tahanan Sarawak dan tiga dari Sabah hari ini - Gambar Muhammad Rais Sanusi

Dalam pada itu Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menanggung sepenuhnya kos penerbangan balik semua tahanan menggunakan pesawat disewa khas itu. 

Tiga bekas tahanan dari Sabah yang turut menaiki pesawat yang sama akan berangkat balik ke Sabah malam ini dengan urusan penerbangan mereka diuruskan sepenuhnya Kerajaan Sarawak. 

Manakala empat lagi bekas tahanan dari Semenanjung Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tengah hari tadi. 

  • oleh
  • Advertisement