Anda di sini

E Food Garden Food Court di Emart Batu Kawa

Advertisement
 (dari kiri) David, Sim, Simon, Tan Kai dan Cyril memotong reben sebagai tanda perasmian E Food Garden, Food Court Batu Kawa, semalam
SELAMAT MAJU JAYA: (dari kiri) David, Sim, Simon, Tan Kai dan Cyril memotong reben sebagai tanda perasmian E Food Garden, Food Court Batu Kawa, semalam

KUCHING: E Food Garden Food Court di Pasaraya Emart, Batu Kawa menyediakan tempat makan halal seperti di dalam taman untuk para pengunjung.

Paling istimewa adalah menu minuman ‘3 Lapis Teh C Peng’ menyerupai lagenda ‘Teh C Peng’ di Kota Sentosa, ‘Kopi Kau’, jus buah-buahan dan minuman berais lain.

Menu seperti murtabak, roti canai, nasi kandar, kambing bakar, lokan kukus atau bakar, siput sedut masak kicap, nasi kukus, nasi kerabu dan kambing bakar sahara juga terdapat di sini.

Menurut Pengurus Kanan Emart Batu Kawa, Simon Lee ia dibuka bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.

Pihaknya turut menggalakkan kempen ‘Kitar Semula 3R’ bermula pada 25 Februari sehingga 31 Disember setiap Isnin sehingga Jumaat bermula jam 9 pagi sehingga 3 petang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Sim Kui Hian telah merasmikan majlis pembukaannya semalam.

Di dalam ucapannya, beliau menyokong usaha pihak Emart dalam memperkenalkan tabiat suka mengitar semula.

“Kitar semula amat baik, ia bukan sahaja membantu pihak berkuasa tempatan untuk mengurangkan kos bagi melupuskan sampah-sarap tetapi banyak benda boleh diolah daripadanya,” kata beliau semalam.

Tambahnya juga, dengan pertambahan populasi di dalam kawasan Batu Kawa adalah wajar untuk mewujudkan lebih banyak tempat bagi membeli barang dan sebagainya.

Kerajaan sememangnya mahukan kesejahteraan rakyat setempat justeru, kini terdapat beberapa projek yang telah dijalankan di kawasan itu antaranya naik taraf Sanctuary Garden Batu Kawa dan Wetland Waterfront Batu Kawa.

Turut hadir adalah Setiausaha Politik di Pejabat Ketua Menteri, Tan Kai, Cyril Lee dan rakan niaga David Luk merupakan pemilik E Food Garden Food Court, Pengurus Kanan Emart Batu Kawa, Simon Lee dan Eksekutif Kanan Hartanah Emart, Chloe Chan.

  • oleh
  • Advertisement